Friday, September 7, 2012

How to Handle Your Miserably Life

Assalamualaikum,


Hello handsome boys and handcute girs, whats up? How your eid, dapat duit raya banyak macam zaman kanak-kanak dulu or dapat tambahkan spare tyre di badan anda? Dulu bulan puasa dapat kurangkan berat badan 1kg, time raya naik 4kg ye tak? Sebelum ni takde double-chin, lepas raya wujudnya kelahiran double-chin di dagu anda..

Oh jilake nya rasa bila digigit kerengga gedik yang duduk main-main dalam seluar aku petang tadi! Kalau digigit gadis comel ber cutting badan macam kerengga takpe juga.. Hihi.. By the way, terima kasih kerengga kerana engkaulah aku tiba-tiba rajin nak menulis blog.. Ok, cukup sekadar tu carutan aku.. Let go to the point..



First at once how to handle your miserable life dengan helping others..

If you want happiness for an hour, take a nap.
If you want happiness for a day, go fishing.
If you want happiness for a year, inherit a fortune.
If you want happiness for a lifetime, help someone else.


Korang pernah dengar quote ni? Quote popular dikalangan Chinese Proverb.. Itu pon aku tak sengaja terjumpa tadi.. Hihi.. Tapi apa maksudnya? Well, tidur adalah satu nikmat yang boleh membuatkan kita rehat dan berfikir dengan tenang tentang masalah kita. Fishing is really a good way untuk tenangkan fikiran masa dalam masalah. More to like rendamkan diri anda ke dalam hot bath tub di musim sejuk. Fortune pula maybe can helps you settle down few bills, full in your mouth with good food and have some vacation. Kan?

For me, when you  helping others dengan ikhlas adalah unbeatable! Belanja kawan makan or tengok movie, tolong gadis yang keretanya rosak di tepi highway, memasak untuk family and so many things.. Ianya adalah countless.. Dalam beribu-ribu orang sekeliling anda, tolong seorang pon telah memadai untuk membuatkan anda happy.. Kalau korang bantu orang tu dengan cara baik, aku bet orang tu akan kenang jasa korang sampai bila-bila.. Siapa tak happy bila tengok orang tu happy berpunca dari diri kita kan?



The other way is go get your problems and don't let it get you! Setiap orang ada jalan mereka tersendiri how to solve their problem.. Ada yang akan mencari kenalan rapat atau yang dia kenali and semestinya dia percaya. untuk bertanyakan itu ini bla bla bla, dalam erti kata lain meluahkan perasaan.. Ada pula yang simpan lama-lama dalam diri tanpa ada tarikh expired.. Ada tu akan menjadi tak keruan dan sentiasa berfikiran negatif terhadap apa yang dia lakukan.. For example korang terhilangkan iPad kawan korang kerana tertidur sambil melukis peta di atas bantal korang.. So apa perlu korang buat? Then bermulalah korang akan sentiasa berfikiran negatif bila kawan korang dapat tahu.. Korang akan berfikir sampai satu tahap panic yang krital sehingga peluh melimpahi bilik korang dan puff jadi lah coco crunch.. Heh? Ok tak, korang akan panic then puff tiba-tiba iPad tu telah dijumpai.. Well, you got a 'gift' yang semua benda yang korang fikir dan ramal akan berlaku, ia tidak akan berlaku.. Actually, it's more to 'curse' but I twist it a bit and it works all the time.. Got it?

"Face your problem. Because at a point, it will disappear way before you know it."

But what ever-ever-ever and ever yang berlaku, korang jangan lari dari masalah.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. Kadang-kadang tu, dalam certain masalah kita terlalu ego untuk selesaikannya.. For example, you got haters sebab buat satu kesilapan.. How to fix that? Ignoring them and keep bitching? No, a simple apology means a lot. Orang tuduh korang sombong? Saying "Hi" and keep smiling is a good start.. Bukan membalas dengan super-duper makian.. Sometimes, we just too ego for that.. And kalau korang lari dari masalah korang, masalah tu tetap akan datang cari korang.. Where ever you go, they gonna find you.. So, face them!

Thank you, it is a simple word right? But for me ianya kadang-kadang buat kita relaks.. Saying "Thanks" is like... you appreciate them.. A waiter bawakan korang your meal.. A stranger bukakan korang pintu.. A friend helped you on works.. Well, try to say thank you.. Benda simple macam ni kadang-kadang akan relaxkan diri anda..



We are human, we love 3 things.. When people compliment, when people appreciate and when people lend hands..







Tuesday, August 7, 2012

My Two-Sense - Kualiti Hidup Kini Dan Dulu

Assalamualaikum..

Hai guys! Macam mana berpuasa tahun ni? Penyakit tahunan datang balik tak nak jadi kan alasan tak nak berpuasa? Bagi yang perempuan tu, tahun ni agak-agak ada tak yang period sampai sebulan? Hihi..

Well, di pagi yang hening sambil dihembus kenderaan yang lalu lalang depan rumah aku ni, sambil menunggu subuh, aku nak mengisi masa yang terluang ini dengan memberi tazkirah di pagi hari.. Heh?

Kita semua sekarang hidup dalam dunia teknologi yang serba canggih.. Semua orang memiliki gadjet-gadjet canggih seperti Iphone, Android, Blackberry serta Ipad dan juga Tab.. Dengan wujudnya teknologi macam-macam kita boleh buat even sedang berry-berry dalam tandas kita boleh tweet di twitter "Sedang menikmati kenidahan pantai diselangi dengusan kuda".. Begitu jugak di Facebook.. Ada yang camwhore guna Instagram, tunjuk muncung yang panjang sedepa tu.. Euww! Then guna application Forsqure untuk check in.. Eh, dah macam duduk kat hotel pula kan nak check in.. Err.. Dan point nya, korang perasan tak yang kualiti kehidupan korang sekarang dengan dulu sangat berbeza.. Yang aku maksudkan adalah kontranya..



Mesti korang tertanya-tanya "Eh, kalau teknologi canggih kita lagi maju kedepan lah kan?" Well, setiap benda tu kan ada pro and kontranya.. Mungkin korang tak perasan.. So meh aku bagi korang perasan.. Firstly, kalau dulu aku hang out dengan kawan-kawan, kitorang akan fokus tenung muka masing-masing hingga terasa ingin siku je hidung dia laju-laju kerana jemu dan akan keluar macam-macam jenis cerita yang kitorang bincangkan mahu pon mengumpat.. Tapi sekarang, apa yang aku lihat tiap kali keluar melepak dengan kawan, baru duduk dan selang beberapa saat korang mesti keluarkan handphone mahupon Ipad dan tab kan? For what? Update status kat facebook, tweet di twitter "Sedang lepak dengan kawan-kawan! I miss them so much!".. Walhal korang dok tenung handphone je dari tadi.. Cakap pon sepatah-sepatah, nak cerita satu topik pon belum tentu habis.. Ini kan nak mengumpat dengan si Kiah dengan Bedah tu.. Itu yang korang kata rindu? Bullshit! Hanya jasad korang je kat situ, sedangkan minda korang tengah syok bersenggama dalam alam maya layan gambar bogel Kim Kardashian..

Then bila di rumah, dulu keluarga akan habiskan masa bersama-sama, makan sama-sama, beridah sama- sama, tapi sekarang mak dengan ayah korang je yang dok makan sama-sama.. Anak-anak dorang dok sibut main facebook dan twitter.. Dan aktiviti riadahnya sekadar main game di facebook.. Pftt!

Lagi bila time solat jumaat, ada pulak yang bawak Ipad then bukak application Al-Quran.. Err.. Macam dah takde Al-Quran pula kan kat masjid tu? Eh, lu nak solat ke nak menunjuk? Puihh! Dulu time khutbah ramai je yang akan lepak kat sebelah belakang, dekat sudut-sudut untuk tidur.. Sekarang tak lagi dah, dorang tak tidur time khutbah tapi BBM dengan awek lah, layan facebook.. What the what?

Aku ada dengar yang pelajar sekolah boleh bawa handphone nantikan? Perghh! Zaman aku dulu takde pon.. Grr! Well, kalau benda tu terjadi, adakah pelajar akan belajar.. Mesti sibuk dok layan facebook, layan lagu kat youtube time cikgu tengah belajar.. Lagi keji rakam bontot cikgu perempuan yang tengah mengajarkat depan.. Wadepork!!

Korang mesti selalu ke panggung menonton wayang kan? Apa perasaan korang if kiri dan kanan serta depan dan belakang korang, sibuk main handphone? Kalau aku, aku akan cakap "Weh! Aku masuk panggung nak tengok movie lah! Bukan nak tengok pesta lampu!".. Macam mana korang nak menikmati setiap scene dalam filem tu jika diganggu kilauan lampu kan? Baik korang bakar je panggung tu, kan lagi terang! Fuuu!!

Dan bila bercakap soal kualiti hidup sekarang, aku memang terasa sebab kadang-kadang aku buat benda yang sama.. Hihi.. Mungkin aku patut campak kan android aku ni ke laut dan beli handphone canggih.. Eh silap! Mungkin lepas ni nak hangout dengan kawan ke, aku just bawa handphone yang ada torchlight tu.. Cool what? Murah pon murah, dan pada masa yang sama boleh kembalikan saat kegemilangan mengumpat dan mengata orang berjela-jela.. Tapi aku tak mengata orang pon.. aku baik tahu! Jadi hari ni aku nak lancarkan kempen "Hari tanpa smartphone sedunia" boleh tak?


Nota: Entry ni auto post.. Mungkin sekarang ni aku tengah dingorat oleh gadis-gadis comel di UPM..


Tuesday, July 31, 2012

Tipikal - Ketika Bulan Ramadhan

Hai handsome guys and handcute girl! Puasa penuh tak? Perempuan mungkin ada excuse lah, tapi lelaki? Ehem-ehem.. Pergi pintu belakang kedai mamak ke?

Sambil menunggu waktu berbuka tu, meh lah teman aku mencarut disini.. Eh-eh, tak baik carut tahu, dosa! Kurang pahala puasa nanti.. Well, apa yang korang biasa lihat ketika Bulan Ramadhan? Disini aku nak kongsikan beberapa tabiat yang manusia lakukan di Bulan Ramadhan..

Kewujudan Bazar Ramadhan
Haa.. Di hari-hari biasa korang tak kan pernah jumpa Bazar Ramadhan dengan kehadiran pengunjung berduyun-duyun.. Tidak kira bangsa mahu pon ada antara mereka yang ponteng berpuasa tapi berpura-pura lesu seolah-olah berpuasa.. Disamping itu, bagi yang lelaki, mereka menghadiri bazar ini bukan sekadar mencari juadah berbuka, bahkan mahu cuci mata melihat gadis-gadis comel.. Hihi.. Dah nama pon Bazar Ramadhan kan, dah tentulah Bulan Ramadhan je yang ada.. Hihi..

Bulan memalaskan diri
Ketika ini mereka akan berasa malas, hanya tahu bercumbu dengan bantal serta membuat peta di atasnya.. Semua kerja tak boleh buat dengan alasan berpuasa.. Tidur sampai waktu berbuka, then bangun makan! Lepas dah kenyang melantak ketika berbuka, tidur.. Mana tak naiknya berat badan..*sambil usap perut*

Berkumpul dan berbuka puasa bersama rakan di luar
Mereka mulalah buat invitation dekat facebook untuk berbuka bersama.. Pilih lokasi yang mempunyai makanan yang sangat-sangat-sangat sedap dan yang penting murah.. Choii! Bila sampai di lokasi, melantak tak ingat dunia.. Dapat pula jen buffet kan, perhh memang sedap je isi dalam pinggang.. Tak habis lagi dah ambil baru, at last tersadai atas meja.. Hihi.. Lepas makan takka terus blah, duduk situ mengutuk, mengeji orang dulu sampai 2-3 jam then baru pulang.. Fuuu!

Shopping baju raya
Well, ini kebiasaannya perempuan lah.. Silap-silap sebelum puasa lagi dah belikan? Kan? Kan? Tengok lelaki, relaks je.. Dah last minit nanti baru lah nak cari.. Tetap dapat raya jugak.. Baju yang kitorang pakai tu tetap awesome walaupon pon beli last minit.. Ini semua aku ingat sebab pandangan warna antara perempuan dengan lelaki sangat berbeza dan itu lah buat kan perempuan susah buat pemilihan baju.. Apa taknya, bersepah-sepah warna yang pelik-pelik dia sebut, maraschino, cayenne, carnation, magenta, salmon, tangerine, spindrif, leaf, baby blue dan banyak lagi lah.. Macam mana lelaki, jemu tak nak kenal warna-warna tu? Hihi

Banyak lagi aku nak cerita ni, tapi masa dah nak time ni.. Hihi.. Nanti-nanti aku sambung lagi ye..
Selamat berbuka semua.. Tak sabar nak layan ayam golek madu.. Nyum-nyum-nyum.. Hoho

Friday, June 29, 2012

Tipikal - Bila Bulan Ramadhan hampir tiba

Hai hai apa khabar gadis-gadis comel dan jejaka accent korea sekalian.. What's up! How about your day? Harap semuanya menuju ke jalan yang benar.. Jangan ada yang bengkok mahu pon memilih jalan hitam..

Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma kembali, apa persiapan korang? Ahh! Aku tahu, bagi yang perempuan mula lah sibuk ber shopping sakan membabi buta seperti minggu depan nak raya.. Heyyy! Puasa pon belum lagi hocayyy! Yang lelaki pulak, tengah plan kat mana port yang sesuai untuk berbuka puasa pada tengahari cuaca yang panas terik tanpa mahu diangkut menggunakan van mayat.. Oh em ji!

Baiklah, cukup sekadar itu carutan aku.. Mari teruskan dengan kajian aku semasa bulan puasa yang lepas-lepas.. Firstly korang akan dapat notification facebook yang melampau-lampau banyaknya.. Kalau korang tu jenis forever alone, bila post status mahu pon gambar Kim Kardashian bogel namun tidak mendapat sebarang komen atau pon tiada siapa mahu menekan butang like, pasti korang akan terkejut bila hampir tibanya bulan Ramadhan ini.. Korang tak post status atau gambar pon tetap korang dapat notification yang bersepah.. Why? Ini adalah disebabkan anda telah di tag di gambar-gambar sendiket penjualan kuih raya yang akan berleluasa pada ketika itu.. Sebut je kuih apa, almond london, sarang semut, sarang tebuan, batang lelaki buruk, semua ada laa..

Then, jika korang ingin mencari makanan segera seperti maggi atau kuih-muih segera seperti karipap segera, haruslah lakukan pencariannya sekarang.. Ini kerana semakin hampir dengan bulan Ramadhan semakin kehabisan stok lah makanan segera itu di 7 eleven mahu pon kedai runcit Cipan.. Ini adalah angkara pemonteng-pemonteng puasa yang tegar mula mengumpulkan stok untuk bulan puasa nanti..

Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit tahunan tu, mulalah mengatakan penyakitnya dah tiba.. Contohnya seperti gastrik, kedatangan haid tidak menentu.. So kena telan ubat banyak-banyak.. Dan itu jadi alasan kukuh untuk mereka tidak berpuasa.. Terasa?

Lagi adalah, si perempuan mulalah meletakkan status di facebook "Ermm.. Hari ni nak berbuka apa ye?" atau "Nak masak apa untuk berbuka malam ni ye?" atau "Terliur pulak tengok mamat kacak tu makan spagetti!" Status-status ini adalah sekadar nak memberi tahu semua orang yang dia berpuasa bagi menggantikan puasa yang tertinggal.. Riak? See! Dah dekat-dekat nak puasa baru nak ganti puasa? Haihh.. Kalau baju kotor sikit terus ganti baru, tapi puasa last minit baru nak ganti?

Bila dah sehari dua puasa nanti, time kat opis korang tengok lah kawan korang sure dah mula pasang lagu raya.. Choii! Baru puasa nak raya.. Ke aku buat entry pasal Ramadhan ni awal sangat? Lantak lahhh!

Tuesday, June 5, 2012

Adat vs Agama

Assalamualaikum..
Hello gadis-gadis comel berlesung pipit, berpipi gebu dan berdahi licin sekalian! Mesti korang rindukan aku kan? Tengok tu dah mula senyum sorang-sorang lah tu.. Elehh, malu-malu pulak nak ngaku.. Eh-eh, macam wujud je lagi reader kat blog aku ni ye tak.. Entah-entah aku syok sendiri je.. Hihi..

Well, if berkata tentang wang hantaran tinggi, apa pendapat korang? Yes! Wang hantaran sekarang ni mengikut taraf pendidikan seseorang perempuan itu.. Lagi tinggi taraf pendidikan dia, lagi tinggi lah hantarannya.. Heh?

For sure ramai lah lelaki akan membidas kepada tipikal orang yang berfikiran macam ni ye tak? Yelah, how the hell lelaki nak kahwin macam ni.. Atau mereka kaum wanita lebih rela jadi andartu dari kahwin.. Tapi kadang-kadang apa yang aku lihat, ibu si perempuan yang akan letak hantran tinggi-tinggi ni.. Aku tak paham lah kenapa makcik-makcik ni nak letak hantaran tinggi-tinggi.. Sampai RM 55555, RM 888888? For what? Nombor beruah? Nombor cantik? Oh em ji! Macam si makcik ni pulak nak kahwin.. Ke dorang ni nak jual anak? Ok, nevermind lah kalau nak letak macam tu, tapi ni sampai enam, tujuh angka.. Kalau suka sangat nombor 9, cubalah letak RM 999 je.. Lagi senang nak sebutkan.. At the same time makcik tu still dapat nombor bertuah dia..See, win-win situation lah kan..

So now, orang yang miskin kena berlagak kaya lah kalau nak kahwin.. Kena letak hantaran RM 999999 macam artis-artis Malaysia yang kaya.. Tu lah terikut-ikut sangat perangai orang kaya ni.. Sibuk sangat nak letak nombor cantik-cantik sebagai wang hantaran.. Ingat nombor cantik or bertuah tu boleh menjamin hubungan rumah tangga ke? Tengok je lah artis Malaysia, letak hantaran RM 999999 pon, at last bercerai.. Fuuu! Tahu kenapa bercerai? Sebab tak berkat!

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )
Korang tahu pasal hadis ni? See, dah terang-terang dalam hadis kata macam tu.. So, kenapa kita tak nak ikut? Apa barang ikut ye tak? Baik kita ikut kata makcik-makcik yang lebih mementingkan adat dari agama.. Fuuu! Pehhliss lah! Benda-benda macam ni lah yang buat ramai lelaki susah nak kahwin.. Patutnya lelaki sekarang ni lah yang kena on demand sebab lelaki sikit.. Dan sebab ni lah hasrat lelaki untuk kahwin empat terbantut.. Hihi..

Mesti kaum perempuan akan cakap "how the hell you all lelaki nak bagi hantaran rendah kat perempuan? Korang nak perempuan yang baik, pandai masak, pandai layan suami but nak bagi hantaran rendah!"

Well, seperti yang hadis tadi telah terangkan secara terang-terangan.. Kenapa perlu membazir bagi hantaran tinggi-tinggi? Baik guna duit tu lepas kahwin kan lagi bagus.. Ingat lepas kahwin boleh duduk rumah goyang kaki je.. Lepas kahwin perbelanjaan dia pon banyak tahu.. Kesian lah sikit dengan lelaki.. Ini tak, bersanding pon nak naik kereta kuda bagai.. Ishh! Membazir tahu.. Nanti kita dah kahwin pon boleh naik kereta kuda atas katil lah.. hihi.. Lain lah kalau si lelaki tu golongan berada, jangan cakap bersanding naik kereta kuda, naik kapal selam pon boleh.. And dah tentu-tentunya dia boleh tampung sampai empat orang isteri.. So, korang nak kahwin ke dengan orang berada.. Ehem-ehem, baik cari orang yang biasa-biasa je.. Tentunya dia ada sorang je isteri.. Tapi jodoh ni semua ni Dia yang tentukan ye tak?

And one more thing, aku rasa patutnya perempuan yang patut kena bagi hantaran tinggi kat lelaki tahu.. Why? Because bukan senang lelaki nak make a baby tahu.. Perghh.. Perlu kan tenaga dan usaha.. Contohnya macam..... Ermmm... Err.. Nevermind, nanti korang dah kahwin tahu lah.. Hihi..

And, and, and, nak tahu kenapa perempuan perlu bagi lelaki hantaran tinggi.. Here the point, dan bila si lelaki jadi suami korang and korang sebagai isteri sesuka hati mendedahkan aurat dan seberapa banyak sesuka hati si isteri mendedahkan aurat tu jugak lah si suami kena tanggung dosa si isteri tahu.. See, korang nak mintak hantaran tinggi lagi? So, please tell me again how the hell lelaki mesti bagi hantaran tinggi dekat perempuan? Oh no, no, no pehhliss.. Be open minded lah.. Korang nak jadi andartu ke? Lelaki baik tahu.. Lagi-lagi aku.. Aihh, rasa macam nak kahwin lak tapi kalau hantaran tinggi bilanya aku nak kahwin.. Hihi..


Friday, April 27, 2012

Somewhere at UPM






See, ingat lelaki tak romantik ke? Auww! Macam dalam filem pulak..

Tapi dalam fikiran aku tertanya-tanya, siapa JC? Adakah Jennifer Copez atau Jenny Celah?

Monday, April 23, 2012

Perhubungan jarak jauh

What's up gadis-gadis comel dan jejaka kacak yang kesunyian sekalian? Korang tahu apa tu perhubungan jarak jauh atau long distance relationship? Alaa.. Tak kan tu pon tak tahu kan? Macam yang korang selalu tengok dalam drama or filem tu.. Nampak sweet je kan.. Hihi..


But dalam fikiran aku timbul beberapa persoalan "Boleh ke ke-sweet-an tu berkekalan hingga ke alam perkahwinan? Adakah jarak juga akan memisahkan hati? Kalau dah kahwin boleh ke maintain kasih sayang dengan orang takde depan mata?"

Apa pendapat korang? Boleh ke nak survive dengan perhubungan jarak jauh ni? Macam mana hubungan jarak jauh ni boleh berjaya.. Mungkinkah suami akan curang bila isteri outstation? Most of remaja zaman sekarang ni semua dah belajar jauh-jauh ye tak? Ada kat UK ada yang dekat Ulu Klang dan mana-mana jela yang jauh dari keluarga, suami, isteri, tunang, mahu pon skandal..

Err.. Rasa macam susah je kan perhubungan jarak jauh ni.. Cuba bayangkan kalau aku jadi angkasawan satu hari nanti dan berada di bulan atau pon planet pluto dan terjumpa gadis hot, cun dan mantap, how the heck aku nak maintain dengan Tiz Zaqyah, Neelofa dan Shila Amzah? Ohh no! Its complicated.. But but butthurtt, ada ke gadis kat planet lain? Ok, aku melalut je.. Here the point, if one day korang terjatuh cinta dengan someone yang jauh macam mana? Biarkan je sebab jarak jadi masalah? Oh pehhliss dont think like that! Just go grab its if you really-really love that person.. Orang tu bakal jadi your future wife or husband and akan jadi mak atau ayah kepada anak korang..

Dan dalam fikiran korang mesti akan timbul persoalan "Boleh ke aku terus sayangkan orang yang takde depan mata? Betol ke dia benar-benar jujur dengan aku? Ahh! Entah-entah keluar dengan lelaki lain.. Berapa ramai skandal dia kat sana pon aku tak tahu.. Buat letih aku je nak layan perasaan rindu euww-euww ni.." See, korang dapat apa yang aku cuba sampai kan? Yess! Korang kena percaya each other.. But if korang dah kata perhubungan jarak jauh ni bullshit, dan bullshit lah ia.. Kepercayaan adalah important thing bila dalam perhubungan jarak jauh ni.. Bila kedua-dua ada rasa percaya, I'll bet you will getting married soon..

So now, I wanna talk positive thing about long distance relationship like "Ambil yang jernih, yang keruh biarlah ia berlalu pergi" Hihi.. Bila korang berjauhan korang tak akan mudah rasa bosan.. Trust me.. Why? Yelah, if korang dekat, hari-hari spent time too much keluar sama, makan sama-sama, kalau boleh berry-berry pon nak sama-sama.. Fuuu! Bila korang berjauhan, korang jarang jumpa dan akan saling main rasa rindu-rindu.. I miss you honey! I miss you too! Ahh! Sweet kan? Even kalau suami isteri pon tak spent time together too much.. Dorang banyak spend masa dengan family and pekerjaan.. Lagi satu bila long distance relationship ni adalah salah satu langkah berjimat.. Bila dekat sure nak keluar selalu, nak makan sama-sama dan nak shopping sama-sama.. Oleh sebab itu, macam kelajuan cahaya juga lah duit banyak akan keluar.. For sure lelaki.. Damn it! Dah perempuan nak letak hantaran tinggi-tinggi.. How the hell lelaki boleh kumpul duit kalau selalu keluar ye tak? Kalau boleh perempuan tu jangan lah letak hantaran tinggi-tinggi kalau tak nak jadi anak dara tua.. Hihi..
Eh wait, mesti korang tertanya-tanyakan "Kira membazir apa long distance relationship ni.. Yelah, sure hari-hari nak call then kredit telefon macam air mencurah-curah.." Come on guys, sekarang zaman teknologi kot.. Banyak je application yang boleh menghubungkan korang dengan percuma.. You can whatsapp, BBM, skype, YM and banyak lagi lah..

The the other kebaikannya ialah, korang boleh pasang banyak-banyak gadis yang berdahi licin.. Keluar dengan skandal selalu pon tak pe.. Jauhkan, mana boleh kantoi.. Ok girls, I am just do the joke right now.. Jangan ambil serius.. Aku kan lelaki yang baik.. Bila korang bejauhan, setiap kali perjumpaan korang yang jarang-jarang tu akan jadi lebih berharga dan special.. Why? For sure korang akan make it a date yang sesempurna mungkin.. Ada kejutan.. Yelah, bukan selalu jumpa ye tak? Candle light dinner di rumah family mungkin.. Bawa bear yang besar naik motor semata-mata nak bagi kat your future wife.. Auww! Romantik! Perhubungan jarak jauh ni juga boleh melatih korang menghayati perasaan rindu.. If one day kalau korang dah kahwin, maybe your husband pergi oversea atas urusan kerja.. Macam mana korang nak handle rasa rindu tu? But kalau korang dah lalui perhubungan jarak jauh sebelum ni, mungkin korang dapat meringankan rasa rindu tu kan.. Best main rindu-rindu ni kan.. walaupon sakit tapi sweet.. Hihi..
Keburukan? Aihh, tak perlu ceritalah.. Janji ada perasaan percaya yang tinggi kedua-dua belah pihak walaupon berjauhan, tak ada yang mustahil.. Just do the best to grab benda yang korang nak.. Trust yourself dan letak kepercayaan kepada orang yang korang nak grab jadi future wife or husband korang.. Easy kan? Kalau perhubungan jarak jauh korang tak menjadi hanya sekerat jalan je, mungkin salah seorang dari korang lakukan bad things.. Agree?


Monday, April 16, 2012

Don't love someone just because he/she loves you

Assalamualaikum..

Hai gadis dan jejaka yang cuba pilih kasih sekalian.. How are you? Masih wujudkah gadis comel dan jejaka gay di blog aku ni? Maklumlah dah lama tak update.. Serius, aku memang takde masa tapi bila ada masa tu, tahap kemalasan lagi tinggi untuk update blog.. Hihi..



Ok, let's straight to the point.. "Love the one who love you.. Not the one that you love" Korang mesti dengar quote ni kan.. Korang rasa ianya masuk akal ke? Bagi aku macam tak je.. Why?

Well, personally aku rasa quote ni biasa dilemparkan kepada orang yang dah reject korang ye tak? Ahh! Come on guys.. Kena reject je pon.. Sama macam baju yang telah direject tapi masih boleh dijual di Reject Shop bukan? Ramai je aku tengok orang masuk Reject Shop tu.. Harga pon tak lah murah sangat.. Eh, macam dah lari topik pulak.. Hihi..

Love the one who loves you, not the one that you love is really just like "bertepuk sebelah tangan" Cuba korang ambil situasi ni, korang sorang gadis cantik, comel, hot dan ada sorang guy datang dekat korang dan confessed yang dia love you very-very-very much more like forever and after.. Do you accept him? Kalau ikut quote tu you must accept him ye tak? Yelah kata love the one who love you, and now dah ada guy yang datang and love you like forever.. Dan bila korang accept that guy, korang semestinya kena buang rasa yang korang pendam dekat Mr.Right korang sebab nak ikut sangat quote tu kan.. Semata-mata nak falling in love with someone love you, tapi bukan korang yang sukakan dia.. Then aku akan cakap you are good liar!

Well, cinta bukan lah sesuatu yang boleh dipaksa.. Korang cantik, tapi bila dia doesn't love you, he is not love you.. You got the point? Ok macam ni, korang seperti paksa seseorang untuk cintakan korang dengan berdasarkan quote tu, tapi ianya tak kan berkesan.. How the hell korang akan boleh buat macam tu? But korang boleh paksa orang bersama dengan korang, tapi korang tak boleh paksa perasaan dia yang dia really-really-really love you.. Pathetic!



Sama lah seperti korang couple hanya berlandaskan rasa kasihan.. Ohh! Pehhliss! Perempuan akan rasa annoying bila lelaki yang dia tak suka tak habis-habis mengurat. Well, seriously, lelaki pun akan rasa sama bila perempuan yang dia tak suka/ bukan taste dia asyik ganggu dan cuba buat kita suka kat dia.. Bullshit!

Lagi sebab yang buat aku rasa quote ni bullshit ialah the rythm.. I mean rentak sebelum korang dapat ngorat seseorang tu dan selepas.. Ok macam ni, that guy ngorat giler-giler-giler tahap adiwira sebab nak dapatkan sorang perempuan tu.. Sampai bertahun-tahun lelaki tu ngorat sejak dari umur 6 tahun lagi.. 6 tahun dah pandai ngorat? Korang percaya? Sila jangan percaya.. Berbalik cerita tadi, lelaki tu mengorat bertahun-tahun untuk dapatkan Mrs.ALWAYS Right dia.. But bila dah dapat, it's nothing.. Why? Yelah, masa sebelum couple si perempuan bukan main giler-giler-giler kuasa dua lagi perangai, but bila dah dapat terus berubah.. Nak kena jaga perasaan lah, lelaki kena kong kong lah, lelaki tak boleh main dota lah, bla bla bla.. See, rythm dia dah berubah! Lepas tu mula lah perempuan cakap lelaki ni masa nak mengorat dulu bukan main lagi, tapi bila dah dapat buat tak tahu je.. Hey girls, korang yang berubah sebenar nya.. Cuba buat rythm sentiasa selari.. Baru lah lelaki tak bosan dan sentiasa romantik.. Lelaki sangat-sangat-sangat romantik tahu!



Cuba korang bayang kan situasi ni pulak, gadis A suka kat lelaki B.. Lelaki B suka kat Gadis C.. Gadis C suka kat lelaki D.. Lelaki D pula suka kat Gadis A.. Sila selesaikan masalah ni berdasarkan quote yang euww-euww tu.. Dapat? Semua orang harus jatuh cinta dengan rasa simpati dengan orang yang dia tak suka atau bukan taste dia? How the hell that relationship can work? Korang nak ke seseorang tu pretending sayang kan korang sebab dia takut orang lain tak mampu sayangi dia? Pehhliss lah! Sangat menjengkel dan menyedihkan!

So dont give false hope to someone.. Korang berpura-pura sukakan seseorang but at the end, it's NOTHING! Cinta memang tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk.. Auww!

Wednesday, April 4, 2012

#Random Wednesday: What about now?



Sometimes, it's hard to make your own decisions but to live your life you must do it!

Monday, April 2, 2012

Perlu jadi selfish untuk masa tertentu untuk orang tertentu

Hello gadis-gadis comel dan jejaka gay sekalian.. Agak lama aku tak update blog kan? Lately ni, aku agak busy sikit.. Nak luangkan masa dengan Tiz Zaqyah, Neelofa dan Shila Amzah.. Tinggal nak cari lagi sorang je.. Baru lah penuh kuota then boleh kahwin ye tak?

Kau bila nak kahwin? Soalan tipikal kepada orang yang dah layak berkahwin.. So korang nak jawab apa? Nak jawab "Biarlah family aku yang carikan!"

Well, bila bercakap mengenai pilihan keluarga ni, apa pendapat korang?



Rasa cinta itu wujud bila pilihan family tu cantik atau handsome ye tak? Kalau korang di jodohkan dengan lelaki yang tak handsome, super tak handsome dan super duper tak handsome korang nak terima tak?

Beauty is in the eyes of beholder mungkin? Adakah benda ni boleh di apply bagi lelaki? Tetapi bagi perempuan? Money always comes first? Bullshit?

Lelaki ni bukan lah annoying sangat nak perempuan yang perfect.. Just cari seseorang yang membuatkan lelaki tu suka pandang, tak jemu, syok je.. Rasa macam nak tatap muka gadis tu lama-lama.. Kalau boleh nak masuk kan gadis tu dalam poket mahu pon boxer.. Dan ini akan boleh membuatkan semua gadis lain selain gadis tu adalah umpama predator.. Hihi..



Perempuan? Aku tak pasti.

Serta, relevan lagi kah perkahwinan tanpa mengenal hati budi pada masa sekarang? Lelaki muka suci, muka baik.. Tetapi perangai dekat-dekat nak sama ngan setan dah. Same goes to perempuan yang betudung labuh tetapi belakang macam-macam buat.. Aku bukan mempertikaikan keperabadian gadis bertudung dan lelaki bermuka suci. Cuma, aku bercakap mengenai keadaan semasa yang dah tak sama seperti dulu. Same goes to "Don't ever judge a book by its cover."

So, aku nak tanya anda semua.. Sanggupkah anda tinggalkan kekasih anda yang bersama anda ketika ini semata-mata dengan pilihan keluarga yang hensem/cantik yang ber-gred AAA, 10/10, berpewatakan elok cukup agama dan sesuai dengan anda?

Well, jika anda menjawab "Ya", anda tak boleh salahkan orang lain yang selfish bila nak dapatkan seseorang yang lagi baik dari yang sedia ada.. Orang lain pun sama seperti anda yang tinggalkan kekasih demi pilihan keluarga yang tinggi agama serta kredibiliti..

Atau dengan kata lain, if there is something better, why the hell we're looking for the worse?

"Love the one who loves you. Not the one that you love." Mesti korang pernah dengar quote ni kan? Aku nak kata ianya adalah bullshit! Why? Later aku cerita lah..








Thursday, March 22, 2012

Rampas girlfriend or boyfriend kawan / Backstabber

Hey handsome boys and handcute girls.. Macam mana hari-hari korang selepas kena backstab? Ada rasa nak gantung diri kat kipas atau terjun bangunan?Oh no! Itu sangat-sangat bullshit!

Apa korang rasa bila kawan baik korang, rampas girlfriend korang? Ada rasa macam nak siku-siku kat kepala dia tak?

Apa yang aku perasan waktu zaman muda-mudi aku dulu, time tu korang baru nak kenal love euww-ueww ni.. Kalau lelaki ada minat kat sorang aku tu, then dia akan mark.. Dan dia akan cakap dengan kawan lelaki dia yang lain, she's mine! Automatik kawan-kawan yang lelaki lain akan back off.. How the hell he do that! Kenapa lelaki lain mesti back off? Dia baru cakap yang dia suka kat awek tu je.. Bukannya dah jadi isteri atau pon tunang..



Dan bila ada kawan lelaki lain cuba-try-test awek tu, comfirm lelaki tu akan bengang lah kan.. Tapi kalau ikut logiknya dia takde hak pon nak main mark-mark kan? Fuuu! But if korang serius, why not korang pergi masuk meminang ke kahwin ke, thats all.. Ini baru setakat couple seminggu dua lepas tu tukar status relationship kat facebook, maried.. Ohh! Pehhliss lahh!

For me tiada istilah perampas kalau setakat cuople-couple ni.. Kalau korang rasa nak serius dengan awek kawan korang atau ex kawan korang, go grab it! Kawan korang takde hak nak marah atau pancung kepala korang.. Melainkan dia tunang atau isteri kawan korang.. Itu memang sah korang akan kena lambung dari tingkat 88 KLCC.. You got the point?



Kalau diberi pilihan, awek korang serta kebahagian dan kawan-kawan, which one korang pilih? For me, I go for kawan-kawan.. Why? Yelah, belum tentu awek yang korang dok usha-usha tu adalah jodoh korang.. Kalau ada lelaki yang sanggup mati kerana awek ianya adalah sangat-sangat-sangat bullshit! Annoying people are annoying!! Bagi aku kawan adalah sangat penting.. Why? Sebab cuba korang bayangkan, kalau kereta korang break down tengah jalan, korang nak call siapa antara awek dengan kawan? Kalau aku, aku call kawan.. Kawan mesti akan datang tolong tapi kenalah pandai pilih kawan jugak.. Cari kawan yang baik macam aku.. Kalau call awek dia cuma akan cakap "Oh em ji! Yeke? Sekarang kat mana? Kesiannya awak? Dah tu macam mana sekarang? Saya tak dapat nak datang ni, panas terik sangat kat luar tu.. Terbakar kulit saya nanti.. Kalau saya kulit saya dah hitam nanti bla bla bla bla......." See! Terlalu banyak soalan dan alasan yang awek korang akan bagi.. Itu yang korang nak utamakan kalau setakat bergelar awek? Bullshit! Bukan lah tak boleh nak ambil tahu pasal awek korang, boleh.. Tapi berpada-padalah jangan sampai hilang kawan..

Tapi selepas kahwin, masa untuk kawan perlu dikurangkan.. Korang lelaki perlu habiskan masa dengan kerja, kerja, kerja, kerja, jaga isteri, buat anak, buat anak, kerja, kerja, jaga isteri, buat anak, buat anak, kerja, kahwin lain, kerja.. Bila kawan korang dah kahwin, dorang pon mesti takde masa untuk korang jugak.. Yelah, dorang pon kena kerja, jaga bini, buat anak dan kahwin lain jugak.. Itulah kehidupan streotype selepas kahwin..

Lagi sekali aku nak bagi tahu, who cares about who you are dating with? Kalau korang suka kat awek korang atau pon awek kawan korang, go grab it! I mean bertunang atau pon kahwin.. Takde istilah merampas melainkan korang goda isteri orang.. Easy right?



Jika korang fikir korang mengalami happy ending setelah berkahwin, sesungguhnya korang telah tersilap.. Sebaliknya, berkahwin bermaksud anda baru sahaja membuka lembaran baru dalam cabaran hidup anda.. Ingat senang ke kahwin? Nampak mudah.. Lagi-lagi bab malam pertama.. Hihi..

Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 19, 2012

Tipikal: Tabiat orang Malaysia Part 1

Hai ladies yang comel-comel and gentleman! What's up? Ada gadis-gadis yang baru melangsungkan perkahwinan? Oh! Janganlah macam tu, kurang skandal-skandal aku nanti.. Well, korang perasaan tak apa tabiat tipikal orang Malaysia ni? Kadang-kadang buat aku rasa nak marah je, kadang-kadang buat aku tergelak pon ada jugak..



Ketika berlaku kemalangan

Well this is typical Malaysian people, seriously! Cuba korang bayangkan, ketika korang terbangun lambat nak pergi kerja then jalan jem.. Mesti korang stress kan dan dalam hati berkata "damn-damn-damn!! What the hell is going on? Mesti ada kemalangan ni.." Dan bila korang sampai je tempat kemalangan tu, tengok kemalangan kecil je pon.. Cuma kereta kemek sikit-sikit je.. See, sikap prihatin rakyat Malaysia.. Perlahankan kenderaan semata-mata nak lihat apa yang berlaku.. Bullshit!

Lainlah kalau kemalangan tu mengakibatkan lori kontena tersangkut atas pokok ke atau kereta melambung hingga langit ketujuh tak turun-turun.. Kalau macam tu korang perlahankan kemalangan mungkin ada kemaafan sikit lah.. Ini tak! Kadang-kadang tu kemalangan tu berlaku the other side but jalan yang sebelah sini lagi teruk jem nya.. Jilake betol! Aku selalu alami benda ni, rasa nak lompat-lompat atas kereta dorang kasi semua kemek.. Damn! Dan ini boleh mengakibatkan bertambah-tambah kemalangan.. Mana tak nya, kalau kat highway kereta laju je main lane tiga tiba-tiba kat depan stuck, then berlakulah perlanggaran membontoti.. Uishh!! Dan ini akan mengakibatkan punch kad merah.. Jilake!

Tak tahu bagi signal

Kejadian ni biasa berlaku ketika korang tengah syok-syok layan feeling lagu Shila Amzah, tiba-tiba kereta depan korang brek dan terus belok masuk simpang dan kaki korang pon mula lah menggelabah pijak paddle break.. Kadang tu kalau atau penumpang sebelah, dia pon turut tekan paddle break walaupon takde..

Mungkin pengguna yang nak beli kenderaan baru perlu cabut signal bagi mereka yang tak reti guna tu.. Mungkin harga kenderaan tu boleh dapat murah sikit.. Fuuu!! *terasa*


Ketika di traffic light

Merah tanda berhenti, kuning tanda bersedia untuk berhenti, hijau jalan.. Do you got it? Tapi tipikal rakyat Malaysia ni lampu kuning tanda pecut.. *terasa* Ini lah pelumba kereta mahupon motosikal yang tak diiktiraf.. Ada ke patut time lampu kuning pecut.. Dah tu ngam-ngam sampai kat line putih tu merah.. Apa korang nak buat? Nak brek tak sempat dah kan? Jadi teruskan memecut.. Bijak-bijak..

Dah tu pulak, yang tengah menunggu lampu hijau tak reti-reti gak nak sabar.. Tengok lampu traffic light lain yang hijau tu dah kuning je, terus jalan.. Ini boleh mengundang kemalangan tahu.. Kalau berlaku kemalangan siapa yang kita nak salah kan, yang pecut lampu kuning ke yang tak sabar nak jalan bila nampak traffic light yang lain dah kuning? Biasanya motor je time kat traffic light mesti jeling-jeling traffic light yang hijau tu.. Bila kuning je terus jalan.. Yang suka pecut ni pantang nampak lampu kuning.. Tak tahu lah orang ni nak uji kelajuan kereta ke atau berapa panjang umur mereka..

Ketika berada dalam lif

Bila korang naik lif yang kelilingnya cermin atau such things yang boleh menampakkan diri korang sendiri, then korang sorang je lelaki yang lain perempuan mahupon sebaliknya, korang mesti jadi tak keruankan? Bila pandang depan nampak muka sendiri lepas tu rasa macam semua orang pandang korang.. Masa tu mulalah keluarkan handphone dan pura-pura jawab call padahal kebayakkan lif kalau masuk mesti takde line.. Dapat pulak time tu nak naik tingkat 88 ke kan? Tak ke semua jenis benda korang keluarkan dari poket mahu pon handbag.. Aku ni dah lah pemalu dan sememangnya aku tak suka situasi ni..

Kalau sorang-sorang dalam lif, lain pulak jadinya.. Mesti korang akan buat benda yang bukan-bukan kan? Bukan lah korang bogel ke dalam lif tu.. Tapi tak tahu lah kalau ada yang buat.. Hihi.. I mean, mesti korang nyanyi lah dalam lif tu, cakap dengan cermin tanya korang comel ke tak, shuffle sambil nyanyi lagu.. Kan? Kan? Kan? Malu lah tu nak ngaku.. Tapi aku tak buat semua benda tu tahu.. Betul tak tipu.. Korang je..



Hobi main tekan-tekan remote televisyen

Haa.. Yang ni aku tak suka.. Kalau dapat kawan serumah yang suka main tukar-tukar channel.. Tengah feeling-feeling layan cerita love story euww-euww, baru nak capai tisu lap air mata then kawan korang tukar.. Apa korang rasa? Rasa nak baling tv tu kat kepala dia tak? Dapat pulak astro kan, ada beratus-ratus channel.. Kawan korang tekan-tekan dari 101 hingga 101 balik then cakap "Eh, that nothing on lahh!" Perghh.. Kalau aku, aku lambung kawan aku dari tingkat 88 ke bawah.. Fuuu!!

Tapi bila korang lepak kat mamak yang bukan 24 hours, bila dorang tukar channel yang buat korang tak paham serta siap tutup subtitles.. Itu maksud dia, dia suruh korang blahh! Tak reti nak balik-balik rumah lagi ke!!

Sunday, March 11, 2012

Sebab-sebab perempuan suka suami orang

Hey girls.. Keluar makan dengan suami perempuan mana hari ni? Makan di restoran mewah ke? For sure dia yang belanjakan.. Oh! Bestnya jadi korang.. Aku nak join jugak boleh? Hihi..

Ok, berbalik kepada tajuk entry aku sebab perempuan suka suami orang.. Aku tahu ada girls di luar sana yang suka dengan suami orang.. Aku harap tiada siapalah yang akan terasa sehingga berguling-guling menuju ke dalam tandas untuk menangis mahu pon cuba terjun dari katil kononnya nak bunuh diri.. Pehhliss! Tak thrill tahu kalau setakat terjun katil, jom terjun KLCC nak?

Nak elakkan lelaki jatuh cinta

Well, seperti yang aku pernah cakapkan sebelum ni lelaki sangat-sangat-sangat mudah perasan dan terjatuh cinta.. Tapi tak boleh lah nak salah kan lelaki kalau macam tu.. Yelah, perempuan ni kan makhluk penggoda.. Hihi..



Perempuan akan berfikiran "Baik aku kawan dengan lelaki yang dah kahwin atau pon yang in relationship, takde lah dorang jatuh cinta dengan aku nanti." Ye tak? But I dont think this is good idea.. Why? Sebab kalau difikirkan lebih jauh, tak ke lelaki tu akan curang pula dengan korang? Ahh! Perempuan memang celik tapi fikirannya tak jauh.. Bullshit! Bukan lah aku nak blame perempuan je.. Lelaki pon sama je.. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyikan..

Lelaki single takde ciri-ciri Prince Charming korang

Lelaki yang dah berkahwin dia akan tahu skill-skill nak mengorat perempuan.. Ataupon mungkin dia nak cuba skill lain selain dari skill yang dia buat masa nak ngorat wife dia dulu.. Lelaki dah kahwin akan lebih romantik layan, belai dan lebih mengambil berat.. Selain itu, dia pon ada sifat sabar yang lebih dan pandai memberi nasihat serta sifat matang yang lebih.. Tapi aku rasa aku ada semua tu.. Tak terpikat dengan aku?

Oleh kerana perempuan ni naif dan lurus terus terpikat dengan lelaki tu.. Damn it! Aku yang single dan baik ni kan ada.. Nak jugak yang dah kahwin..



Semakin tua, semakin kacak

Yess! Ini adalah fakta.. Tahu kah korang semakin berumur lelaki tu semakin kacak, macho, matang dan diminati.. Agree? Perempuan amat tertarik dengan lelaki yang matang.. Even lelaki tu tak kacak, tak macho tapi kejantanan dan kematangan lelaki membuatkan perempuan melting.. Tu baru yang tak kacak dan tak macho, kalau yang sebaliknya macam aku dah tua nanti for sure aku macho, kacak dan bergaya.. Agak-agak time tu wife aku ada empat tak? Hihi.. Tak lah, aku baik tahu.. Setia! Memang susah nak cari lelaki single yang matang, rata-rata kahwin pada umur 25-35 tahun..

Tapi bagi perempuan, semakin senior atau tua perempuan tu semakin rendah market nya.. Itu lah hakikatnya.. Tak boleh win-win situation hocayy! Hihi..

Pengalaman

Aku tahu apa yang otak kuning korang fikirkan, Sex-sex-sex, segala dalam kelambu dan berapa besar organ reproduktif lelaki tersebut.. Fuuu!! But this is not about seks semata-mata tapi pasal perlakuan dan layanan.. Lelaki dah kahwin ni lebih romantik.. Bila bergaduh takde nya jerit "Hantar I balik rumah mak I!!" Nak balik pergilah balik sendiri ye tak? Nak suruh orang pulak hantar dia.. Baik jangan merajuk.. Hihi.. Lelaki dah kahwin ni suka mengalah bila bergaduh.. Aku yang tak kahwin lagi ni pon macam tu tahu..



Kaya

Money-money-money.. Perempuan mana yang tak suka duit ye tak.. Biar lah tak kacak macam aku pon orang tu, still nak jugak.. Itu semua sebab duit lah.. Bullshit! Why the hell korang nak yang tak kacak.. Ramai je lelaki single yang banyak duit lagi-lagi anak datuk.. Kenapa nak yang dah berkahwin jugak? Sebabnya, lelaki-lelaki kaya yang muda ni suka berfoya-foya.. Thats why perempuan pilih lelaki kaya yang dah berkahwin sebab lebih secure dan boleh terus ajak kahwin..

Test market

Kadang-kadang tu lelaki saja je nak test market bila dia rasa "aku dah tua ke? Takde market lagi? Agak-agak aku test market awek comel depan tu lepas tak?" Kalau dia berjaya ngorat korang, dia akan berasa secure sikit takde lah takut kena tinggal wife dia sebab dah tua.. Tapi kalau kantoi dengan wife dia macam mana? Aku tak tahu.. Aku tak tahu..


Aku bukan nak salahkan perempuan je.. Yang jatuh cinta dan yang memberi cinta, dua-dua sama je.. Bullshit! Nampak tak aku cuba bela kaum perempuan jugak.. Baik kan aku? Dan aku nak kaum perempuan berfikir, bagus ke bercinta dengan suami orang ni? Tak rasa bersalah? Sanggup ke bermadu walau pada awalnya kena baling periuk dan kuali dari isteri pertama? Apa guna aku yang single, baik dan lagi baik ni?

Terlajak perahu pon boleh undur walaupon takde gear reverse.. Why korang tak boleh undur untuk suka kat aku pulak kan? Hihi

Friday, March 9, 2012

Beza suka, sayang dan cinta

Hello lover's euww-euww sekalian.. Dah dapat cinta baru selepas kena backstab? Bagi yang perempuan tu, hari ni pakai bedak kat muka tu berapa tebal untuk menarik perhatian lelaki? Guna simply siti ke? Err..



Actually, aku takde bakat nak menjiwang macam hero-hero Korea yang gay tu.. Tapi kalau terpaksa mungkin tahap menjiwang aku lebih karat dari besi karat kat belakang rumah korang..
So sekarang ni aku telah dipaksa menjiwang dengan ada yang tanya aku cinta tu apa? Ehem!

Suka

Which is suka adalah satu perasaan yang korang akan rasa bila ada sesuatu yang mengujakan.. Contoh mengujakan tu macam bila korang jumpa aku dan dalam hati korang cakap "Aku sukalah Muiz tu, walaupon pendiam tapi gaya dia tu cool je dan comel pulak tu.." Got it? Perasaan suka tu mudah untuk hadir.. Rasa suka tu biasa akan hadir dalam sesuatu hubungan yang biasa-biasa je.. I mean just kawan or etc..

Bila seseorang tu pandai melawak dan bila dengan dia buat kita pecah perut gelak guling-guling sambil terkentut-kentut, ianya akan membuat kita suka dekat dia..

Sayang

Perasaan sayang ni akan hadir bila korang selalu dengan benda yang korang suka.. Contohnya korang suka kat aku kan, then hari-hari pon lepak sama-sama, terjun bangunan sama-sama, mandi bogel je tak sama-sama lagi.. Bila dah selalu macam tu dan ada sesuatu berlaku dekat aku, korang akan risau.. Itu tandanya korang mula ada perasaan sayang.. Harap-harap perempuan lah yang sayang kat aku.. Kalau gay tu, go away pehliss!! Bullshit! Sayang tu tak semestinya dengan girlfren or boifren.. Dengan keluarga, saudara, kawan, pasangan gay atau lesbian mahu pon dengan kucing peliharaan korang..

Rasa sayang juga akan hadir bila kita selalu menceritakan sesuatu masalah kita dekat orang lain seperti keluarga atau kawan kita sendiri.. Dalam erti kata lain menceritakan masalah dekat orang yang boleh membuang masa dia, yang boleh kita carut-carutkan, memeningkan kepala dia dengan masalah kita sehingga buat dia terjun katil sebab kita bukan ada perasaan cinta dekat dia..



Cinta

Perasaan cinta ni adalah sesuatu yang mendalam.. Suka adalah suka, sayang adalah sayang tapi cinta merangkumi kesemuanya.. Rasa cinta ni akan timbul bila kita mengharapkan seseorang tu jadi milik kita.. Kalau boleh semua yang kita buat nak dia tahu.. Kalau dia buat sesuatu kita pon akan cuba buat jugak padahal sejak azali korang tak suka buat benda tu.. Seperti makan budu, uishhh.. dah lah masin tapi sebab dia suka korang pon nak suka jugak.. Apa nak buat jatuh cinta dengan orang timur.. Hihi.. Tapi kalau orang tu lari keliling bangunan dengan keadaan bogel jangan lah nak ikut jugak.. Fuuu!!

Bila ada rasa cinta ni korang akan selalu ingat, berangan dan mimpi pasal dia.. Kita akan cinta kan dia sepenuh jiwa dan raga kita walaupon dia buat tak tau je dengan korang.. Tapi kalau korang cintakan aku, just tell me.. Mungkin aku boleh pertimbangkan jadi isteri nombor kedua ke ketiga ke mahupon yang keempat.. Nak?



But but buthurtt untuk kawal semua rasa tu bagi kaum lelaki.. Why? Ini kerana lelaki ni adalah sangat-sangat-sangat cepat perasan.. Even kalau perempuan senyum kat lelaki pon, lelaki akan predict yang perempuan tu suka dekat dia.. Oh damn it!!

So girls, beware bila nak berkawan dengan lelaki.. Well girls, aku saran kan korang berkawan dengan lelaki lembut atau pon bahasa kasar nya sotong.. But why? Sebab korang akan rasa secure sangat-sangat.. Lelaki lembut biasanya hanya akan berkawan je dengan girls bukan feeling-feeling.. Lelaki lembut just want a friendship.. Seriously.. Begitu juga dengan gay, memang takde perasaan dengan perempuan.. No love, no sexual harassment and such things..

If guys ajak korang hang out together-gether, tengok wayang, malam-malam main sms, video call. Be careful girls, lelaki tu telah selangkah keluar dari friend zone.. Bila nak keluar dengan lelaki better girls ajak kawan-kawan girls yang lain, 10 orang mungkin.. Bila sorang lelaki keluar dengan 10 perempuan yang takde perasaan dengan lelaki tu, so how lelaki tu nak jatuh cinta dengan korangkan? Dia tak akan ada sifat perasan bila situasi macam tu..



Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik if both of side set their mind into friendship.. But ianya sangat-sangat-sangat susah.. Damn! Dan jangan cari kawan lelaki yang bermula dengan ayat "Hai, boleh berkawan?" They are bullshit! How the hell seorang lelaki just nak berkawan je dengan gaya ayat macam tu.. Awkward!

And and and now, mesti korang gilrs terfikirkan kalau macam tu baik kawan dengan lelaki yang dah berkahwin atau dengan relationship guys.. Pehhliss!! Thats not a good idea.. Trust me! But later lah aku cerita pasal ni.. Kalau nak huraikan lagi, menjela-jela entry ni nanti.. Tapi kalau susah sangat taknak bagi lelaki ni menaruh harapan kat korang, berterus terang je lah.. Cakap "Awak tu dah la tak kacak, macam bangla jaga petrol pam tu je!!." Kejam sangat bunyinya ye tak? Hihi..

Wednesday, March 7, 2012

#Random Wednesday: Paranoid



Just because you're not paranoid doesn't mean they're not out to get you.. It will be you're nightmare..

Tuesday, March 6, 2012

Tafsiran mimpi

Hai dreamers.. Whats up? Mimpi apa malam tadi? Seronok bersenggama? Basah ke kering? Actually, pagi tadi bila aku sampai je kat opis, ada seorang gadis rakan sekerja aku cakap "Muiz, saya mimpi awak malam tadi!" What? What? What? Nadi aku terhenti seketika di situ.. Kenapa dia boleh mimpikan aku? Nak kata rapat dengan dia tak sangat pon.. Mungkin sebab aku kacak dan baik kot.. Auww!



Well, aku bet korang semua mesti pernah mengalami mimpikan? Tipulah kalau korang tak pernah mimpi.. Itu maksudnya otak korang mati.. Disebabkan kejadian pagi tadi, aku mula mencari fakta-fakta tentang tafsiran mimpi.. Entry hanyalah berdasarkan kajian aku sendiri je.. Mungkin ada betul, mungin tidak..

Firstly aku nak bagi tahu, pehhliss jangan terlalu percayakan mimpi! Korang mesti terpikirkan, adakah mimpi korang tu akan jadi realiti kan? Well, kebanyakkan mimpi tu hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan.. Most of the people akan cakap macam tu..

Macam mana nak tahu mimpi tu mainan syaitan atau tidak? Erm, mungkin kita tak akan pernah tahu.. But kalau mengalami mimpi buruk itu dikira mainan syaitan.. Most of the mimpi-mimpi adalah mainan tidur dan mainan otak.. Kalau perempuan tu, kadang mimpi lari-lari tepi pantai dengan prince charming dorang lah ye tak? Kalau takde mimpi tak syok pulak tidur nanti kan.. Macam mana korang nak mimpi aku yang kacak ni nanti.. Hihi..



Kadang tu korang akan berasa sedih sangat dalam mimpi tu.. Tanpa korang sedari, air mata pon boleh meleleh masa tidur tahu.. Tapi macam mana nak tahu, dah korang tidur kan.. Mimpi sedih ni juga sebenarnya mainan syaitan atau mainan otak sendiri.. What mainan otak? Maksudnya, yelah dah sebelum korang nak lelapkan mata tu, mulalah korang mula berfikir kononnya nak kahwin dengan prince charming korang lah, main geli-geli dengan anak sultan, makan suap-suap dengan putera katak atau berangan keluar dating dengan aku yang kacak ni.. Lepas tu senyum sorang-sorang atas katil kan? Kan? Kan? Oleh sebab tabiat korang yang macam tu lah yang akan sampai terbawa-bawa dalam tidur apa yang korang angankan.. Korang terlalu fikirkan sesuatu sehingga terbawa dalam tidur.. Yess! Itulah yang dimaksudkan mainan otak.. Bila tidur otak kita akan berada di dalam keadaan separa sedar dan tanpa disengajakan kita terbawa masuk apa yang kita fikirkan tadi..

Kalau korang mimpikan seseorang, dan tertanya-tanya apa maksud mimpi tu? Adakah dia jodoh aku? Well, berkemungkinan dia tu jodoh korang adalah sangat-sangat-sangat sedikit.. Most of the mimpi is nothing.. Bullshit!

Normally, korang mesti pernah mimpi sesuatu yang belum berlaku kan? Dalam erti kata lain bermimpi ala-ala deja vu ni.. Contoh korang berjumpa dengan seseorang dan rasa macam pernah jumpa je sebelum ni.. Got it? Aku selalu alami benda tu.. Ianya dalam keadaan samar-samar je ingatan tu.. Well, takde siapa yang boleh ingat mimpi 100%.. 50% pon susah.. Mungkin certain orang je yang dapat anugerah dari Allah untuk mengingati semua mimpi..



Dan jangan lah korang buat sesuatu tu based on mimpi korang.. Suka talk nonsense lah itu lah ini lah, kononnya mimpi korang tu betol.. Atau korang pergi pukul jiran korang sebab curi spender yang korang sidai kat luar hilang sebab jiran korang yang ambil masa dalam mimpi.. Bullshit!

Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya.

Di atas adalah pendapat ulama tentang mimpi.. So? Korang nak kata yang korang tak pernah menipu lah? Oh pehhliss lahhh!! Fuuu!!

Mimpi ni terbahagi kepada beberapa, mimpi yang benar akan datang dari Malaikat, mimpi yang buruk adalah dari syaitan untuk merosakkan korang dan mimpi yang datang dari korang bila korang suka sangat dekat lelaki accent Korea, lantas bawa masuk dalam mimpi korang.. Euww!

Bila korang bermimpi tu jangan lah percaya sangat.. Even korang buat solat Istikharah pon, tak semestinya akan diberi dalam bentuk mimpi.. Kadang tu ianya hadir dalam perasaan kita..

Berbalik kepada gadis yang mimpi aku tadi, korang tahu dia mimpi apa? Dia mimpi keluar dating dengan aku.. What the what? Ke sengaja nak ngorat aku? Hihi..

Thursday, March 1, 2012

Putus Kawan?

Hai all.. Ada siapa-siapa yang boleh urutkan tangan aku tak.. Menggigil-gigil tangan aku nak menaip ni, macam baru angkat lori 40 tan dengan menggunakan sebelah tangan je.. Aku nak gadis comel-comel je urutkan.. Tak mahu lelaki, nanti dia goda aku..



Well, korang pernah putus kawan? Mesti korang cakap kawan mana boleh putus ye tak? Seperti air dicincang tak kan putus.. Euww! Why tak boleh putus pulak.. Kalau aku kata boleh macam mana.. Putus dengan BFF lagi lah mustahil ye tak? Ahh! Perempuan lah yang cipta BFF tu.. Kaum lelaki sebut "we are friends forever, I love you, you love me" Euww! Macam gay pulak bunyinya..

Based on pengalaman aku setelah hidup di dunia ni selama 23 tahun(but I'm still forever 21), aku terjumpa beberapa punca yang akan membuatkan korang putus kawan, kawan gay, mahu pon kawan lesbian..

Cinta antara Boifren/Girlfren



Normaly apa yang aku tengok, most of korang lebih mementingkan Boifren/Girlfren korang dari kawan.. Setuju? Benda ni adalah salah satu sebab akan berlaku keretakkan hubungan korang dengan kawan korang.. Why? Well, katakan lah kawan baik seorang perempuan ni ternampak Bf korang dengan perempuan lain atau pon dengan kekasih gay nya.. Then kawan perempuan tu bagi tahu kat korang apa yang dia nampak.. Korang ingat perempuan akan terus percaya? Dan mulalah timbul perasaan yang tak puas hati dan berkata dengan kawan perempuan dia tu "elehh, kau jealous kan aku ada Boifren hot macam tu.. Kau saja je buat cerita supaya aku putus kan? Lepas tu kau boleh lah ngorat Boifren aku tu ye tak? Pehhliss!" Bermulah perang mulut antara si perempuan ni dengan kawan perempuan dia tu.. Err.. Tak cool langsung perang mulut je.. Better less talk, more action.. Main tarik-tarik rambut ke, kan comel macam tu.. Hihi.. At last, baru menyesal hilang kawan dan Boifren.. See, you got the point? Ahh! Isu ni memang tipikal..

Luahkan perasaan



Isu ni pon adalah tipikal dalam cinta euww-euww-euww ni.. Katakan lah korang jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri.. Apa yang korang buat? Luah kan perasaan lah kan.. Well, you must know risk of getting love, is losing friend.. Maksudnya kalau kita nak dapat kan cinta dari kawan baik kita sendiri kita kena pertaruhkan persahabatan.. Ini sebab korang kena lalui awkward moment bila jatuh cinta dengan kawan baik.. Dan ia lebih pedih bila korang di reject.. Then jangan haraplah korang boleh berkawan lagi..

MLM

Do you know MLM ni apa? Yess! Multi level marketing.. The friendship in business only if they can make profit to us.. Cuba korang bayangkan kawan korang ajak lepak minum dan cerita tentang produk serta kekayaan orang lain.. Bullshit! Bukan lah aku nak kata MLM ni fully menipu.. Kalau tipu pon sikit je, macam pergi sewa sport car dan mengaku dia punya konon nya nak tunjuk kekayaan yang dia ada.. Kalau kaya sangat pon tak perlu lah nak menunjuk sangat.. MLM ni memang menghasilkan duit dengan cepat.. Tapi bukan dengan hanya korang duduk rumah goyang kaki.. Kalau dorang kata duduk rumah goyang kaki boleh kaya memang sah-sah menipu.. Fuuu! Pada awalnya korang mesti lah nak lariskan produk dan cari downline ye tak? Then baru boleh goyang kaki sebab orang-orang bawah korang pulak buat kerja..

Benda ni boleh merenggangkan hubungan persahabatan korang dengan kawan korang bila ianya tak menjadi.. dan jangan sekali-kali bawak family, relatives atau kawan terdekat join under korang. Sebab kemungkinan untuk gagal tu gila tinggi.. Bila kawan korang dah bagi janji-janji manis serta tunjuk duit yang hanya berupa gambar di dalam henpon nya, then tak menjadi.. Fuuu! Lepas tu mesti lah segan nak jumpa kan.. Tapi kalau dorang memang banyak duit minta je kat orang tu dahulu kan duit dia, bila ada pulangan pulangkan balik ye tak.. Tak lah terjadinya putus kawan..

Terlalu rapat dengan kawan



Ini pon boleh jadi sebab renggangnya persahabat korang.. Yelah, bila semua benda buat sama-sama.. I mean, life masin-masing lah.. Bukannya korang pergi berry-berry sama mahupon melakukan persetubuhan di dalam kelambu dengan jantina yang sama.. Fuuu! Bila korang selalu stick untuk jangka masa yang lama, korang akan tahu semua perangai buruk kawan korang ni.. Dan mula lah timbul rasa menyampah.. Apa tak nya hari-hari at all time dengan dia je.. Kalau boleh bawak masuk toilet sekali eh? Err.. Lepas tu korang rasa bosan dengan joke dia.. Bila dia gelak, korang pon rasa macam nak siku bertubi-tubi je kat hidung dia.. Benda ni biasanya kaum perempuan lah.. Lelaki cool je hocayy! Aku tak tahu macam mana nak describe soal ni sebenarnya.. Korang faham sendiri je lah.. Hihi..

Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Pemilihan tempat tinggal selepas kahwin

Selamat tengahari bakal isteri-isteri ku sekalian.. Lunch dengan skandal mana hari ni? Takde yang nak ajak aku keluar lunch ke? Hihi..

Minggu lepas aku ada tengok cerita Adnan Sempit 2.. Korang dah tengok? Bagi yang belum tengok tu, aku nak nasihatkan yang korang adalah tidak digalakkan makan popcorn sambil menonton cerita tersebut.. Ini serius! Bagi mengelakkan korang tercekik biji-biji popcorn akibat sindrom gelak yang terlampau.. Aku dah mengalaminya, nasib baik pandai cover line.. Tersedak-sedak aku gelak.. Fuuu!! Maaf lah kalau terlambat aku bagi nasihat ni.. Mungkin dah ada yang arwah kat panggung mana-mana.. Hihi.. Tapi korang mesti tengok, lawak gilerrr.. Awesome!

Oh ok, cukuplah dengan carutan itu.. Korang dah kahwin? Kalau dah kahwin nanti korang nak duduk mana? Tinggal dengan mertua atau rumah sendiri? Mestilah rumah sendiri ye tak.. Itu adalah yang terbaik.. Why? Kalau tinggal rumah mertuakan semua benda dah ada, rumah pon tak perlu bayar ye tak?



For me, perempuan akan duduk di rumah sendiri kerana untuk mengelakkan konflik dengan mertua.. Yelah, kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.. Hati siapa tahu.. Dah lah perempuan ni cepat terasa.. Sikit-sikit lari masuk bilik nangis.. Habis duit suami nak beli tisu banyak-banyak..


Mak mertua: Bedah! Bangun! Meh tolong mak masak kat dapur..
Bedah: Alaa.. Baby ni, I ngantok lah.. Semalam dah lah 3 round I layan you.. Bagi I tidur jap eh..
Mak mertua: Baby?? Bila masa aku jadi baby kau?!Haa.. ni makan dia babi! (sambil siram sebaldi air di muka Bedah)
Bedah: ............... Damn! Salah orang..


See! Ini lah salah satu sebabnya perempuan tak nak tinggal dengan mertua.. Sebab kehidupannya akan rasa terkongkong.. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh.. Lagi-lagi bila bangun lambat ye tak? Kalau bangun awal pon, lepas tu mesti akan tidur balik.. Maklum lah 3 round malam tu.. Mana cukup tidur.. Hihi

Bila dah kena macam tu, timbul lah konflik antara mertua dan menantu.. Selepas dari kejadian tu, mula lah nak main tarik-tarik muka.. Tak pon masing-masing mula berdrama.. Depan-depan senyum tak perlu kata apa-apa.. Bila belakang mencarut-carut dengan kata-kata.. Bullshit! Aihh! Biasa lah perempuan ni memang banyak drama pon.. Terasa? Tapi tak semua macam tu.. Ada je yang boleh tinggal dengan mertua.. Tapi sampai bila? Tak selama-lamanya ye tak?



Well, lelaki akan lebih suka tinggal di rumah sendiri bila dah berkahwin sebab..... Korang tahu kenapa? Ini kerana lelaki akan bebas untuk ber'amerika'.. Nak aku jelaskan ke? Nanti korang kata aku melucah pulak.. Ok-ok aku jelas kan.. Mereka boleh melakukan di mana-mana sahaja, sofa, meja makan, dalam tab mandi mahu pon di atas bumbung.. Mereka juga boleh hanya mengenakan pakaian separuh bogel di rumah.. Tak payah apa-apa pon boleh.. Masak kat dapur sama-sama dalam keadaan berpakaian dalam sahaja.. Auww! Romantik kan lelaki ni? Hihi.. Aku rasa better lah tinggal kat rumah sendiri selapas kahwin.. Biarlah rumah sewa sekali pon.. Kalau duduk dengan mertua takut menyusahkan nanti..

Cukup lah setakat tu.. Kalau makin panjang entry aku, korang kata aku suka melucah pulak.. Aku ni baik, baik dan baik tahu!

Monday, February 27, 2012

Selamat hari lahir

Hai awak-awak-awak-awak semua, rindu aku tak? Well, aku baru je sampai ke kondominium mewah 88 tingkat aku ni.. Setelah penat berhempas pulas meredah hujan dari kampung aku.. Aihh, maklum lah aku cuma parasit yang menumpang motosikal kawan aku yang berkuasa tinggi 500cc.. Sakit pinggang aku pecut 260 km/h.. Mesti korang tak cayakan?

Meter Honda CBR 500cc

See! Hell-hell-hell!! Korang tengok tu meter kuda kawan aku.. Ini lah padahnya sebab terlebih laju.. Ok, sila lupakan tentang itu.. Sebenarnya hari ni hari lahir aku.. Eh-eh, dah 27/2.. Birthday aku 26/2 dan ia berlanjutan hingga ke akhir tahun 2012.. Kalau korang rasa korang comel sila lah wish ye! Kalau boleh sila bagi hadiah sekali ye.. Hihi

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku mesti akan dapat wish dari peminat-peminat tegar aku.. Well aku ni memang ada peminat pon.. Korang nak tahu siapa?


"RM0.00 Selamat HARI JADI! Hanya utk anda pd hari special ini, sms REG EY ke 36886 utk Happy Clip Online & dpt FREE Clip Birthday anda. CS:0379666547 -Maxis-"


Fuuu!! Ada ke patut bagi tu je?! Bagi lah rumah sebuah ke ye tak? Hihi.. Cuma kali ni panjang sikit mesej dia.. Terharu.. Dan tentunya dapat panggilan free.. But but buthurtttinnggg, aku tak tahu nak call siapa.. Yelaa, biasa call Lisa Surihani je.. Tapi sekarang dah kahwin, tak kan aku nak call lagi.. Tentunya dia sedang syok bersenggama.. Damn it!!



Tahun ni takde dah dapat hadiah dari Lisa Surihani.. Walaupon sambutan hari lahir aku tahun ni hanya dihadiahkan rasa kecewa yang amat sangat kerana Lisa Surihani telah berkahwin dengan Yusry, but I still got chocolate from my secret admirer.. See! Ada orang minat aku dalam diam.. Jealous leeteww!

Hmm.. Sebenarnya banyak lagi cita-cita dan impian aku yang belum kesampaian.. Kalau nak cerita kat sini memang tak habis lahh! Kahwin dengan Lisa Surihani dah tentunya tak kesampaian ye tak? Hihi.. Begitu juga dengan janji-janji dengan diri sendiri dan orang lain.. Kepada orang lain yang aku ada janji tu nanti aku tunaikan.. Aku ni tak suka mungkir janji tahu! Romantik tak aku?

By the way, kalau korang nak wish or nak bagi hadiah masih sempat lagi.. Kan aku dah cakap sambutan birthday aku berlanjutan hingga akhir tahun 2012..

Thursday, February 23, 2012

Surat maaf dari Lisa Surihani

Hai gadis-gadis comel.. Maaf la jika apa yang aku nak bagi tahu ni akan meremukkan hati korang semua.. Aku tak nak rahsia-rahsia dah.. Hari ni aku nak bagi tahu yang sebenarnya tadi My Bubu Lisa Surihani sempat bertemu dengan aku buat kali yang terakhir, mungkin.. Lisa Surihani berjumpa aku dengan niat ingin meminta maaf kerana dia telah mengkhianati cintanya terhadap aku..

Bila aku jumpa dia tadi, tiada apa yang dapat diungkapkan, hanya titisan air mata tanpa henti dari matanya berserta pelukkan erat ke tubuh aku.. Hanya sepucuk surat yang diberi mampu merungkai semuanya..



*Sila baca dengan nada yang sedih berserta mimik muka sedih.. Kalau boleh sila titiskan air mata sekali..


Dear sayang,
Tujuan I menulis surat ini adalah untuk meminta maaf di atas segala apa yang telah I lakukan terhadap you.. I tahu memang I yang bersalah dalam hal ni.. You baik, setia dengan I tapi I yang khianati dan dustai cinta you.. I minta maaf sayang.. I sangat-sangat-sangat menyesal tinggalkan you yang baik, kacak, baik dan kacak.. Ahh! Susahnya nak cari orang macam you..
Tapi apakan daya, I tak boleh undur masa lagi dah.. Lainlah kalau I ada kuasa magik.. Pufff!! Malangnya takde sayang..

Hubby,
Sekali lagi I nak mintak maaf dengan you.. I tak sangka pon akan jadi macam ni.. Pada awalnya dulu I saja je try Yusry bawa I jalan-jalan naik lamborghini dia, tapi bila dah naik tu rasa seronok pulak.. Laju pulak tu, cuba sekali pasti nak lagi.. Sampai satu masa tu I lupa yang I dah ada you.. Hmm.. Maafkan I, tak terniat langsung kat hati I nak lukakan hati you yang putih suci bersih bak mutiara bersinar tu..

Bucuk,
Jauh disudut gelap hati I, ingin menyatakan I betol-betol rindu dekat you.. Hari-hari pon I stalk facebook you semata-mata nak tengok wajah you yang kacak tu.. Rindu saat-saat indah kita dulu.. Pergi mana-mana pon sama-sama, sentiasa ada orang temankan.. Mandi bogel bersama je kita belom lalui.. Ingat bila I kahwin dengan you, boleh la nanti I mandi bogel dengan you.. Romantiknya! I harap you jangan lah letak gambar-gambar you yang kacak tu kat facebook banyak sangat.. I jealous tahu! Lagi satu, dulu I cemburu tahu bila kita ada terjumpa Neelofa kat Times Square dulu.. You asyik tengok dia je.. Tahu lah Neelofa tu seksi, suka pakai skirt pendek-pendek.. Lagi sorang yang I cemburu Tiz Zaqyah.. You selalu je tersasul nama dia depan I.. Harap-harap you takde apa-apa hubungan lah dengan Tiz Zaqyah atau Neelofa.. I cemburu tahu!

Lagi satu, sebenarnya I terpaksa je kahwin dengan Yusry tu.. I tak cintakan dia macam I cintakan you.. You tu sweet sangat.. Sungguh, tak tipu! Hmm.. I tak tahu lah macam mana masa depan I nanti, sebab hati I masih dekat you lagi.. I really-really-really love you sayang.. I berharap sangat nak ada anak dengan you.. You kata nak anak empat orangkan? I ingat lagi you pernah kata kat I dulu yang you nak anak empat orang.. Kalau kita kahwin lebih dari tu pon I boleh bagi tahu.. Tapi tu semua impian je.. Maaf kan I sekali lagi sayang.. Banyak sangat I buat salah dengan you.. Kalau lah diberi peluang ke masa lalu..... Hmmmmm.....

Baby,
I sebenarnya teringin sangat nak masak kan untuk you tahu.. Balik kerja I bukakan stokin you, buatkan kopi you, urut-urut badan you, mandi sama-sama, lepas tu bila malam menjelma kita masuk kelambu sama-sama.. I nak kahwin dengan you sorang je.. Tapi malam ni I dah nak kena nikah dah dengan Yusry.. Maafkan I sekali lagi baby.. I telah remukkan hati you yang suci tu.. Menyesalnya I tinggalkan you yang baik, baik, dan sangat-sangat-sangat baik tu..

Akhir kata dari I, you jaga diri you baik-baik tahu.. Kalau boleh jangan lah couple ramai-ramai sebab I tahu ramai yang tergila-gilakan you.. Nanti kalau I dapat duit yang banyak dari Yusry, I bagi lah you jugak.. Tak pon I belikan you kereta.. You suka kereta subaru kan? Ok lah, sampai disini sahaja coretan I untuk you.. Mungkin kita takde jodoh.. Semoga kita bertemu lagi.. I LOVE YOU!!


-Lots of Love-
Lisa Surihani