Friday, June 29, 2012

Tipikal - Bila Bulan Ramadhan hampir tiba

Hai hai apa khabar gadis-gadis comel dan jejaka accent korea sekalian.. What's up! How about your day? Harap semuanya menuju ke jalan yang benar.. Jangan ada yang bengkok mahu pon memilih jalan hitam..

Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma kembali, apa persiapan korang? Ahh! Aku tahu, bagi yang perempuan mula lah sibuk ber shopping sakan membabi buta seperti minggu depan nak raya.. Heyyy! Puasa pon belum lagi hocayyy! Yang lelaki pulak, tengah plan kat mana port yang sesuai untuk berbuka puasa pada tengahari cuaca yang panas terik tanpa mahu diangkut menggunakan van mayat.. Oh em ji!

Baiklah, cukup sekadar itu carutan aku.. Mari teruskan dengan kajian aku semasa bulan puasa yang lepas-lepas.. Firstly korang akan dapat notification facebook yang melampau-lampau banyaknya.. Kalau korang tu jenis forever alone, bila post status mahu pon gambar Kim Kardashian bogel namun tidak mendapat sebarang komen atau pon tiada siapa mahu menekan butang like, pasti korang akan terkejut bila hampir tibanya bulan Ramadhan ini.. Korang tak post status atau gambar pon tetap korang dapat notification yang bersepah.. Why? Ini adalah disebabkan anda telah di tag di gambar-gambar sendiket penjualan kuih raya yang akan berleluasa pada ketika itu.. Sebut je kuih apa, almond london, sarang semut, sarang tebuan, batang lelaki buruk, semua ada laa..

Then, jika korang ingin mencari makanan segera seperti maggi atau kuih-muih segera seperti karipap segera, haruslah lakukan pencariannya sekarang.. Ini kerana semakin hampir dengan bulan Ramadhan semakin kehabisan stok lah makanan segera itu di 7 eleven mahu pon kedai runcit Cipan.. Ini adalah angkara pemonteng-pemonteng puasa yang tegar mula mengumpulkan stok untuk bulan puasa nanti..

Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit tahunan tu, mulalah mengatakan penyakitnya dah tiba.. Contohnya seperti gastrik, kedatangan haid tidak menentu.. So kena telan ubat banyak-banyak.. Dan itu jadi alasan kukuh untuk mereka tidak berpuasa.. Terasa?

Lagi adalah, si perempuan mulalah meletakkan status di facebook "Ermm.. Hari ni nak berbuka apa ye?" atau "Nak masak apa untuk berbuka malam ni ye?" atau "Terliur pulak tengok mamat kacak tu makan spagetti!" Status-status ini adalah sekadar nak memberi tahu semua orang yang dia berpuasa bagi menggantikan puasa yang tertinggal.. Riak? See! Dah dekat-dekat nak puasa baru nak ganti puasa? Haihh.. Kalau baju kotor sikit terus ganti baru, tapi puasa last minit baru nak ganti?

Bila dah sehari dua puasa nanti, time kat opis korang tengok lah kawan korang sure dah mula pasang lagu raya.. Choii! Baru puasa nak raya.. Ke aku buat entry pasal Ramadhan ni awal sangat? Lantak lahhh!

Tuesday, June 5, 2012

Adat vs Agama

Assalamualaikum..
Hello gadis-gadis comel berlesung pipit, berpipi gebu dan berdahi licin sekalian! Mesti korang rindukan aku kan? Tengok tu dah mula senyum sorang-sorang lah tu.. Elehh, malu-malu pulak nak ngaku.. Eh-eh, macam wujud je lagi reader kat blog aku ni ye tak.. Entah-entah aku syok sendiri je.. Hihi..

Well, if berkata tentang wang hantaran tinggi, apa pendapat korang? Yes! Wang hantaran sekarang ni mengikut taraf pendidikan seseorang perempuan itu.. Lagi tinggi taraf pendidikan dia, lagi tinggi lah hantarannya.. Heh?

For sure ramai lah lelaki akan membidas kepada tipikal orang yang berfikiran macam ni ye tak? Yelah, how the hell lelaki nak kahwin macam ni.. Atau mereka kaum wanita lebih rela jadi andartu dari kahwin.. Tapi kadang-kadang apa yang aku lihat, ibu si perempuan yang akan letak hantran tinggi-tinggi ni.. Aku tak paham lah kenapa makcik-makcik ni nak letak hantaran tinggi-tinggi.. Sampai RM 55555, RM 888888? For what? Nombor beruah? Nombor cantik? Oh em ji! Macam si makcik ni pulak nak kahwin.. Ke dorang ni nak jual anak? Ok, nevermind lah kalau nak letak macam tu, tapi ni sampai enam, tujuh angka.. Kalau suka sangat nombor 9, cubalah letak RM 999 je.. Lagi senang nak sebutkan.. At the same time makcik tu still dapat nombor bertuah dia..See, win-win situation lah kan..

So now, orang yang miskin kena berlagak kaya lah kalau nak kahwin.. Kena letak hantaran RM 999999 macam artis-artis Malaysia yang kaya.. Tu lah terikut-ikut sangat perangai orang kaya ni.. Sibuk sangat nak letak nombor cantik-cantik sebagai wang hantaran.. Ingat nombor cantik or bertuah tu boleh menjamin hubungan rumah tangga ke? Tengok je lah artis Malaysia, letak hantaran RM 999999 pon, at last bercerai.. Fuuu! Tahu kenapa bercerai? Sebab tak berkat!

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )
Korang tahu pasal hadis ni? See, dah terang-terang dalam hadis kata macam tu.. So, kenapa kita tak nak ikut? Apa barang ikut ye tak? Baik kita ikut kata makcik-makcik yang lebih mementingkan adat dari agama.. Fuuu! Pehhliss lah! Benda-benda macam ni lah yang buat ramai lelaki susah nak kahwin.. Patutnya lelaki sekarang ni lah yang kena on demand sebab lelaki sikit.. Dan sebab ni lah hasrat lelaki untuk kahwin empat terbantut.. Hihi..

Mesti kaum perempuan akan cakap "how the hell you all lelaki nak bagi hantaran rendah kat perempuan? Korang nak perempuan yang baik, pandai masak, pandai layan suami but nak bagi hantaran rendah!"

Well, seperti yang hadis tadi telah terangkan secara terang-terangan.. Kenapa perlu membazir bagi hantaran tinggi-tinggi? Baik guna duit tu lepas kahwin kan lagi bagus.. Ingat lepas kahwin boleh duduk rumah goyang kaki je.. Lepas kahwin perbelanjaan dia pon banyak tahu.. Kesian lah sikit dengan lelaki.. Ini tak, bersanding pon nak naik kereta kuda bagai.. Ishh! Membazir tahu.. Nanti kita dah kahwin pon boleh naik kereta kuda atas katil lah.. hihi.. Lain lah kalau si lelaki tu golongan berada, jangan cakap bersanding naik kereta kuda, naik kapal selam pon boleh.. And dah tentu-tentunya dia boleh tampung sampai empat orang isteri.. So, korang nak kahwin ke dengan orang berada.. Ehem-ehem, baik cari orang yang biasa-biasa je.. Tentunya dia ada sorang je isteri.. Tapi jodoh ni semua ni Dia yang tentukan ye tak?

And one more thing, aku rasa patutnya perempuan yang patut kena bagi hantaran tinggi kat lelaki tahu.. Why? Because bukan senang lelaki nak make a baby tahu.. Perghh.. Perlu kan tenaga dan usaha.. Contohnya macam..... Ermmm... Err.. Nevermind, nanti korang dah kahwin tahu lah.. Hihi..

And, and, and, nak tahu kenapa perempuan perlu bagi lelaki hantaran tinggi.. Here the point, dan bila si lelaki jadi suami korang and korang sebagai isteri sesuka hati mendedahkan aurat dan seberapa banyak sesuka hati si isteri mendedahkan aurat tu jugak lah si suami kena tanggung dosa si isteri tahu.. See, korang nak mintak hantaran tinggi lagi? So, please tell me again how the hell lelaki mesti bagi hantaran tinggi dekat perempuan? Oh no, no, no pehhliss.. Be open minded lah.. Korang nak jadi andartu ke? Lelaki baik tahu.. Lagi-lagi aku.. Aihh, rasa macam nak kahwin lak tapi kalau hantaran tinggi bilanya aku nak kahwin.. Hihi..