Tuesday, July 31, 2012

Tipikal - Ketika Bulan Ramadhan

Hai handsome guys and handcute girl! Puasa penuh tak? Perempuan mungkin ada excuse lah, tapi lelaki? Ehem-ehem.. Pergi pintu belakang kedai mamak ke?

Sambil menunggu waktu berbuka tu, meh lah teman aku mencarut disini.. Eh-eh, tak baik carut tahu, dosa! Kurang pahala puasa nanti.. Well, apa yang korang biasa lihat ketika Bulan Ramadhan? Disini aku nak kongsikan beberapa tabiat yang manusia lakukan di Bulan Ramadhan..

Kewujudan Bazar Ramadhan
Haa.. Di hari-hari biasa korang tak kan pernah jumpa Bazar Ramadhan dengan kehadiran pengunjung berduyun-duyun.. Tidak kira bangsa mahu pon ada antara mereka yang ponteng berpuasa tapi berpura-pura lesu seolah-olah berpuasa.. Disamping itu, bagi yang lelaki, mereka menghadiri bazar ini bukan sekadar mencari juadah berbuka, bahkan mahu cuci mata melihat gadis-gadis comel.. Hihi.. Dah nama pon Bazar Ramadhan kan, dah tentulah Bulan Ramadhan je yang ada.. Hihi..

Bulan memalaskan diri
Ketika ini mereka akan berasa malas, hanya tahu bercumbu dengan bantal serta membuat peta di atasnya.. Semua kerja tak boleh buat dengan alasan berpuasa.. Tidur sampai waktu berbuka, then bangun makan! Lepas dah kenyang melantak ketika berbuka, tidur.. Mana tak naiknya berat badan..*sambil usap perut*

Berkumpul dan berbuka puasa bersama rakan di luar
Mereka mulalah buat invitation dekat facebook untuk berbuka bersama.. Pilih lokasi yang mempunyai makanan yang sangat-sangat-sangat sedap dan yang penting murah.. Choii! Bila sampai di lokasi, melantak tak ingat dunia.. Dapat pula jen buffet kan, perhh memang sedap je isi dalam pinggang.. Tak habis lagi dah ambil baru, at last tersadai atas meja.. Hihi.. Lepas makan takka terus blah, duduk situ mengutuk, mengeji orang dulu sampai 2-3 jam then baru pulang.. Fuuu!

Shopping baju raya
Well, ini kebiasaannya perempuan lah.. Silap-silap sebelum puasa lagi dah belikan? Kan? Kan? Tengok lelaki, relaks je.. Dah last minit nanti baru lah nak cari.. Tetap dapat raya jugak.. Baju yang kitorang pakai tu tetap awesome walaupon pon beli last minit.. Ini semua aku ingat sebab pandangan warna antara perempuan dengan lelaki sangat berbeza dan itu lah buat kan perempuan susah buat pemilihan baju.. Apa taknya, bersepah-sepah warna yang pelik-pelik dia sebut, maraschino, cayenne, carnation, magenta, salmon, tangerine, spindrif, leaf, baby blue dan banyak lagi lah.. Macam mana lelaki, jemu tak nak kenal warna-warna tu? Hihi

Banyak lagi aku nak cerita ni, tapi masa dah nak time ni.. Hihi.. Nanti-nanti aku sambung lagi ye..
Selamat berbuka semua.. Tak sabar nak layan ayam golek madu.. Nyum-nyum-nyum.. Hoho