Tuesday, August 7, 2012

My Two-Sense - Kualiti Hidup Kini Dan Dulu

Assalamualaikum..

Hai guys! Macam mana berpuasa tahun ni? Penyakit tahunan datang balik tak nak jadi kan alasan tak nak berpuasa? Bagi yang perempuan tu, tahun ni agak-agak ada tak yang period sampai sebulan? Hihi..

Well, di pagi yang hening sambil dihembus kenderaan yang lalu lalang depan rumah aku ni, sambil menunggu subuh, aku nak mengisi masa yang terluang ini dengan memberi tazkirah di pagi hari.. Heh?

Kita semua sekarang hidup dalam dunia teknologi yang serba canggih.. Semua orang memiliki gadjet-gadjet canggih seperti Iphone, Android, Blackberry serta Ipad dan juga Tab.. Dengan wujudnya teknologi macam-macam kita boleh buat even sedang berry-berry dalam tandas kita boleh tweet di twitter "Sedang menikmati kenidahan pantai diselangi dengusan kuda".. Begitu jugak di Facebook.. Ada yang camwhore guna Instagram, tunjuk muncung yang panjang sedepa tu.. Euww! Then guna application Forsqure untuk check in.. Eh, dah macam duduk kat hotel pula kan nak check in.. Err.. Dan point nya, korang perasan tak yang kualiti kehidupan korang sekarang dengan dulu sangat berbeza.. Yang aku maksudkan adalah kontranya..



Mesti korang tertanya-tanya "Eh, kalau teknologi canggih kita lagi maju kedepan lah kan?" Well, setiap benda tu kan ada pro and kontranya.. Mungkin korang tak perasan.. So meh aku bagi korang perasan.. Firstly, kalau dulu aku hang out dengan kawan-kawan, kitorang akan fokus tenung muka masing-masing hingga terasa ingin siku je hidung dia laju-laju kerana jemu dan akan keluar macam-macam jenis cerita yang kitorang bincangkan mahu pon mengumpat.. Tapi sekarang, apa yang aku lihat tiap kali keluar melepak dengan kawan, baru duduk dan selang beberapa saat korang mesti keluarkan handphone mahupon Ipad dan tab kan? For what? Update status kat facebook, tweet di twitter "Sedang lepak dengan kawan-kawan! I miss them so much!".. Walhal korang dok tenung handphone je dari tadi.. Cakap pon sepatah-sepatah, nak cerita satu topik pon belum tentu habis.. Ini kan nak mengumpat dengan si Kiah dengan Bedah tu.. Itu yang korang kata rindu? Bullshit! Hanya jasad korang je kat situ, sedangkan minda korang tengah syok bersenggama dalam alam maya layan gambar bogel Kim Kardashian..

Then bila di rumah, dulu keluarga akan habiskan masa bersama-sama, makan sama-sama, beridah sama- sama, tapi sekarang mak dengan ayah korang je yang dok makan sama-sama.. Anak-anak dorang dok sibut main facebook dan twitter.. Dan aktiviti riadahnya sekadar main game di facebook.. Pftt!

Lagi bila time solat jumaat, ada pulak yang bawak Ipad then bukak application Al-Quran.. Err.. Macam dah takde Al-Quran pula kan kat masjid tu? Eh, lu nak solat ke nak menunjuk? Puihh! Dulu time khutbah ramai je yang akan lepak kat sebelah belakang, dekat sudut-sudut untuk tidur.. Sekarang tak lagi dah, dorang tak tidur time khutbah tapi BBM dengan awek lah, layan facebook.. What the what?

Aku ada dengar yang pelajar sekolah boleh bawa handphone nantikan? Perghh! Zaman aku dulu takde pon.. Grr! Well, kalau benda tu terjadi, adakah pelajar akan belajar.. Mesti sibuk dok layan facebook, layan lagu kat youtube time cikgu tengah belajar.. Lagi keji rakam bontot cikgu perempuan yang tengah mengajarkat depan.. Wadepork!!

Korang mesti selalu ke panggung menonton wayang kan? Apa perasaan korang if kiri dan kanan serta depan dan belakang korang, sibuk main handphone? Kalau aku, aku akan cakap "Weh! Aku masuk panggung nak tengok movie lah! Bukan nak tengok pesta lampu!".. Macam mana korang nak menikmati setiap scene dalam filem tu jika diganggu kilauan lampu kan? Baik korang bakar je panggung tu, kan lagi terang! Fuuu!!

Dan bila bercakap soal kualiti hidup sekarang, aku memang terasa sebab kadang-kadang aku buat benda yang sama.. Hihi.. Mungkin aku patut campak kan android aku ni ke laut dan beli handphone canggih.. Eh silap! Mungkin lepas ni nak hangout dengan kawan ke, aku just bawa handphone yang ada torchlight tu.. Cool what? Murah pon murah, dan pada masa yang sama boleh kembalikan saat kegemilangan mengumpat dan mengata orang berjela-jela.. Tapi aku tak mengata orang pon.. aku baik tahu! Jadi hari ni aku nak lancarkan kempen "Hari tanpa smartphone sedunia" boleh tak?


Nota: Entry ni auto post.. Mungkin sekarang ni aku tengah dingorat oleh gadis-gadis comel di UPM..