Tuesday, January 1, 2013

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum..


Hai gadis gedik sekalian! Bertemu kita lagi di tahun 2013 ini.. Pejam, celik, pejam, celik, dah ke tahun 2013 kita.. Mana kaum Mayan yang buat teori kononnya kiamat 2012.. Ahh! Illuminati semua tu.. Eh, teremosi pula.. Mari kita abaikan semua tu..

How your day on first day dalam 2013 ni? Ada azam baru lagi? Azam tahun lepas apa cerita? Lantak koranglah nak pasang berapa banyak azam..

Korang masih ingat tak zaman dulu-dulu, zaman sekolah dulu-dulu, zaman masa kali pertama Lisa Surihani luahkan perasaan dia kat aku, kali pertama Tiz Zaqyah datang melamar aku buat kali pertama.. Begitu juga korang, kali pertama jumpa kawan baik korang, kekasih terang mahu pon gelap.. Kita semua perasan benda tu semua akan berlalu.. Perkara yang berlaku hari ini pon pasti akan berlalu.. Masa tidak akan menunggu kita.. Masa akan tetap dan terus meninggalkan kita.. Dan pastinya kita akan melalui pelbagai zaman.. Zaman Batu, Logam, dinosour sudah pastinya korang tak sempat melaluinya kan? Jadi bagai mana dengan zaman sekarang dan bakal anda lalui akan datang?

Zaman Ramai Kawan Dah Berkahwin
As for the girls, zaman ni, adalah zaman boleh dikatakan nightmare untuk korang and the geng.. Ini adalah zaman di mana bila kita pandang je sekeliling kita, kita nampak kawan-kawan kita yang dah or nak berkahwin.. And then, korang akan perasan yang kawan-kawan korang dah start bercakap pasal malam pertama, pasal tunang masing-masing, pasal baju pengantin, pasal cincin pengantin, pasal majlis pengantin dan macam-macam lagi lah..


And at this point, you girls akan start berfikir tentang yourself.. Tentang your face yang akan berkedut.. Tentang tayar on your perut.. Tentang lemak di bawah dagu.. Tentang lelaki yang tak pernah try mengurat anda.. And anda juga akan start to wonder "Kalau aku nak suruh mak aku carikan calon suami, ada ke lelaki yang sudi.." Face the fact, 90% lelaki yang berkahwin dengan pilihan family or bercinta selepas kahwin adalah kerana bakal isteri dia tu comel, cute, gebu, lawa dan cantik.. Because most of them menggunakan love of the first sight semasa berkahwin muda.. Not forget to be mentioned, anda akan terkejut kalau akan perasan yang ramai betul kawan-kawan anda berlumba-lumba siapa yang akan berkahwin dahulu.. Dan cukup pantaskah anda untuk menyertai mereka? Terasa macam mimpi ngeri bukan? Jika anda rendahkan sebanyak mungkin hantaran korang sekarang ni girls, mungkin anda tak akan menghadapi mimpi ngeri tu di masa akan datang..

And for the boys.. How the heck in the earth korang nak kahwin dengan your girl at such your young age? Anda dari family yang berada? Anda dari keluarga diraja? Anda ada segala-galanya.? Lelaki amat susah untuk berkahwin di usia muda. And thats why lah ramai para lelaki takut pasangannya di kebas oleh lelaki yang dah settle down.. But oh well. Even dikebas orang, kalau dah jodoh tu dia mesti akan datang balik.. Kalau Lisa Surihani janda dan datang ngorat aku balik? Hmm.. Tapi kalau dah janda, maybe aku akan berfikir 8,9,10 sebelum terima jadi isteri kan?

Zaman Pekerjaan
Zaman ni, adalah kemuncak kesusahan nak-nak untuk kaum lelaki.. Apa gunanya kalau jadi lelaki kalau tak mampu cari kerja yang bagi gaji yang setimpal dengan pelajaran ye tak? Habiskan hampir seratus ribu ringgit belajar bertahun and then bila kerja dapat RM800 je sebulan? Come on.. Kerja tetap dua tahun pun dah boleh naik gaji lagi tinggi dari RM1000. But what can I say, masa zaman ni, tak ada siapa yang kisah apa yang korang belajar.. Tak ada sesiapa kisah berapa pointer korang.. Tak ada sesiapa kisah apa gred korang.. Sebab masa ni, apa yang orang pandang adalah kebolehan dan kenasib-baik-an korang untuk mendapatkan kerja yang awesome.. Siapa yang tak happy dapat kerja gaji RM5000 sebulan ye tak? Money is KING.. Tapi mohon kaum wanita jangan berkata money is king juga! Kaum lelaki je boleh berkata demikian..

Zaman Kesemua Kawan Kita Dah Berkahwin Dan Ada Family Serta Life Sendiri
Korang mungkin akan kata "Friends are forever" or "Friends until death" or "Best friend forever".. But here is the thing, bayangkan anda hangout or berkelah bersama-sama pada hari minggu ditepi tasik dengan kawan-kawan anda.. Masing-masing riuh rendah borak sesama sendiri.. Ada yang catching ups, ada yang bergurau senda, ada yang main permainan kanak-kanak yang boleh mendatangkan nostalgia.. Ada yang dukung isteri bawa berlari sambil petik bunga..

Semua orang happy kan? Anda pun happy kan? Yes, but not until semua dah balik ke pangkuan suami / isteri masing-masing.. Bila habis je hangout, all of our friend and kembali ke life dorang.. For those yang ada isteri, akan balik rumah untuk dinner.. For those yang ada anak, akan balik rumah untuk jaga anak.. Slow-slow, jarak anda dan kawan-kawan anda dah semakin membesar.. Tengok la emak dan ayah anda.. Berapa banyak dorang keluar rumah untuk jumpa kawan-kawan? Berapa kali kawan-kawan datang rumah untuk bertanya khabar? Most of our parents hanya keluar untuk urusan kerja je.. Anda perasan semua tu?

So yes, please imagine of yourself bila everybody is going home and leaves you alone, unmarried!

Zaman Tua
And, based dari apa yang aku tengok kat cermin dan di sekeliling aku, aku rasa kita semua akan jadi parents and grandparent yang pelik.. And I'm pretty sure anak-anak kita nanti akan laju je delete browse history selepas dorang guna computer kan? Well, ingat tak zaman kita muda-muda dulu? Setiap kali selepas guna computer, kita terus klik pangkah di web browser sebab tak nak bagi mak ayah tahu apa yang kita buat di dunia maya.. Selepas download gambar jejaka sexy atau awek comel bertudung di facebook atau Maria Ozawa, terus hidekan ia di dalam folder tu tak nak bagi kantoi.. Tapi aku bet kalau kita dah jadi parent nanti, we all are going to check all of those tricks sebab kita semua pun pernah buat trick-trick tu kan? Dan aku wonder apa trick yang anak-anak kita akan guna untuk hide aktiviti di dunia maya mereka daripada kita nant? Tentu berbeza.. Zaman semakin maju ye tak? Harap-harap aku pon akan maju juga..

Tambahan lagi dengan setiap akaun Facebook, Twitter, Blog yang kita ada.. Mungkin anak-anak kita akan baca blog kita, stalk Facebook dan Twitter kita.. Kita terlalu banyak habiskan masa dengan teknologi dan internet.. Pada masa akan datang bolehkah kita untuk melarang mereka dari hidup dengan social network? Sedangkan kita menggunakannya sekarang.. Sila fikirkan kita akan jadi parents yang macam mana terhadap anak-anak kita nanti..

Nota: Hidup sentiasa punya pilihan, tak kira bagaimana sekali pon situasinya.. Pilihannya, sama ada kita memilih atau pon tidak..