Monday, July 18, 2011

road to terengganu

toink toink..again just come back from terengganu..kali ni pergi wedding kawan rapat aku.. perghh.. letih, mengatok..hadoii.. x 7 jam lak dok dalam kereta tu..

kitorang gerak pukul 2 pagi.. 7 orang dan 2 buah kereta.. aku naik 3 orang, member aku sorang siap bawa bantal.. naik² je terus tiduk kat seat belakang.. selesa gilerr.. choii..

dan bermula la perjalanan kami dengan mata aku yang rabak, tapi nasib baik member aku yang drive dengan harapan aku boleh tidur di sebelahnya dengan nyenyak.. tapi malangnya tidak.. banyak pulak cerita dia nak cerita dengan aku..haishh..
lagi bila nampak sign board karak.. dah lah beberapa minggu yang lepas aku pergi layan cerita karak.. dan² pulak dia nak cerita seram² time kat situ.. serammm dehh..!!
kalau ikut jalan lama karak tu memang aku tidur, memang x lalu lah jalan lamakan..haha..

gara-gara cerita ni lah buat aku seramm


member aku drive sampai gambang je dan aku pula mengambil tugas sebagai pilot.. sian lak aku tengok mata dia rabak gila.. sampai gambang dalam pukul 4 kot.. oleh kerana aku kesiankan dia, aku suruh je dia tidur, aku drive sorang pon x pe.. padahal aku nak pecut..haha..
bila dia lelap je memang 160 km/h lah aku bawa..hehe.. x kan nak bawak slow, giler mengantok.. dah la jalan highway lurus je.. tapi kalau ada gadis² comel tolong picitkan bahu aku kompem aku bawa slow² je..haha..

sampai je kat terengganu dalam pukul 7.. park kereta dan rebahkan kerusi.. haipp!! jangan pikir bukan² ye.. aku bukan gay.. aku buat macam tu sebab ngantok gilerr.. sehari beb x tidur.. dah la malam sebelum tu tidur lewat.. haishh..
jaga je dari tidur jam pukul 9, terus mandi and then gerak rumah pengantin.. perut pon dah keluar lagu hardcore..
nak cari rumah pengatin pon masalah gak, memang rumah dia tepi jalan.. tapi banyak lak rumah tepi jalan ada kenduri.. nasib baik jumpe gak akhirnya..

sampai² je terus makan.. perghh.. sedap gilerr kan.. maklum lah perut tengah lapar tapi memang sedap pon lauk dia.. rasa nak tambah je.. tapi oleh kerana aku ada rasa malu yang mendalam, so x jadi lah..

err.. x romantik la lu ni der!



pengantin yang kacak tapi kacak lagi aku..haha

sudah makan and jumpa pengantin x kan nak terus balik kan.. jalan² lah dulu.. opss.. lupa nak bagi tahu, masa jumpa pengantin merangkap member aku tu, dia siap tepuk bahu aku dan berkata "lepas ni kau muiz!" what?? aku dengan siapa..? tiz zaqyah? lisa surihani?? choii..
ok sambung balik, lepas tu kitorang pergi air terjun sekayu..

perghh.. serius cun tempat tu.. rugi kalau x mandi.. aku yang x bawa seluar pendek ni pon hentam je pakai boxer.. x boleh tahan.. dah la ramai gadis² kat situ tapi peduli hape aku.. mesti berdarah hidung gadis² comel kat situ tengok aku yang sexy..

rasa nak pergi lagi je

sudah je mandi kitorang ke pasar payang jalan² and then ke seberang takir untuk beli keropok lekor.. x sah la kan kalau x beli walaupon aku tengah x de duit maklum la tengah bulan, aku pon beli lah jugak.. lepas tu kitorang singgah makan dan bergerak pulang..