Thursday, March 22, 2012

Rampas girlfriend or boyfriend kawan / Backstabber

Hey handsome boys and handcute girls.. Macam mana hari-hari korang selepas kena backstab? Ada rasa nak gantung diri kat kipas atau terjun bangunan?Oh no! Itu sangat-sangat bullshit!

Apa korang rasa bila kawan baik korang, rampas girlfriend korang? Ada rasa macam nak siku-siku kat kepala dia tak?

Apa yang aku perasan waktu zaman muda-mudi aku dulu, time tu korang baru nak kenal love euww-ueww ni.. Kalau lelaki ada minat kat sorang aku tu, then dia akan mark.. Dan dia akan cakap dengan kawan lelaki dia yang lain, she's mine! Automatik kawan-kawan yang lelaki lain akan back off.. How the hell he do that! Kenapa lelaki lain mesti back off? Dia baru cakap yang dia suka kat awek tu je.. Bukannya dah jadi isteri atau pon tunang..



Dan bila ada kawan lelaki lain cuba-try-test awek tu, comfirm lelaki tu akan bengang lah kan.. Tapi kalau ikut logiknya dia takde hak pon nak main mark-mark kan? Fuuu! But if korang serius, why not korang pergi masuk meminang ke kahwin ke, thats all.. Ini baru setakat couple seminggu dua lepas tu tukar status relationship kat facebook, maried.. Ohh! Pehhliss lahh!

For me tiada istilah perampas kalau setakat cuople-couple ni.. Kalau korang rasa nak serius dengan awek kawan korang atau ex kawan korang, go grab it! Kawan korang takde hak nak marah atau pancung kepala korang.. Melainkan dia tunang atau isteri kawan korang.. Itu memang sah korang akan kena lambung dari tingkat 88 KLCC.. You got the point?



Kalau diberi pilihan, awek korang serta kebahagian dan kawan-kawan, which one korang pilih? For me, I go for kawan-kawan.. Why? Yelah, belum tentu awek yang korang dok usha-usha tu adalah jodoh korang.. Kalau ada lelaki yang sanggup mati kerana awek ianya adalah sangat-sangat-sangat bullshit! Annoying people are annoying!! Bagi aku kawan adalah sangat penting.. Why? Sebab cuba korang bayangkan, kalau kereta korang break down tengah jalan, korang nak call siapa antara awek dengan kawan? Kalau aku, aku call kawan.. Kawan mesti akan datang tolong tapi kenalah pandai pilih kawan jugak.. Cari kawan yang baik macam aku.. Kalau call awek dia cuma akan cakap "Oh em ji! Yeke? Sekarang kat mana? Kesiannya awak? Dah tu macam mana sekarang? Saya tak dapat nak datang ni, panas terik sangat kat luar tu.. Terbakar kulit saya nanti.. Kalau saya kulit saya dah hitam nanti bla bla bla bla......." See! Terlalu banyak soalan dan alasan yang awek korang akan bagi.. Itu yang korang nak utamakan kalau setakat bergelar awek? Bullshit! Bukan lah tak boleh nak ambil tahu pasal awek korang, boleh.. Tapi berpada-padalah jangan sampai hilang kawan..

Tapi selepas kahwin, masa untuk kawan perlu dikurangkan.. Korang lelaki perlu habiskan masa dengan kerja, kerja, kerja, kerja, jaga isteri, buat anak, buat anak, kerja, kerja, jaga isteri, buat anak, buat anak, kerja, kahwin lain, kerja.. Bila kawan korang dah kahwin, dorang pon mesti takde masa untuk korang jugak.. Yelah, dorang pon kena kerja, jaga bini, buat anak dan kahwin lain jugak.. Itulah kehidupan streotype selepas kahwin..

Lagi sekali aku nak bagi tahu, who cares about who you are dating with? Kalau korang suka kat awek korang atau pon awek kawan korang, go grab it! I mean bertunang atau pon kahwin.. Takde istilah merampas melainkan korang goda isteri orang.. Easy right?



Jika korang fikir korang mengalami happy ending setelah berkahwin, sesungguhnya korang telah tersilap.. Sebaliknya, berkahwin bermaksud anda baru sahaja membuka lembaran baru dalam cabaran hidup anda.. Ingat senang ke kahwin? Nampak mudah.. Lagi-lagi bab malam pertama.. Hihi..

Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 19, 2012

Tipikal: Tabiat orang Malaysia Part 1

Hai ladies yang comel-comel and gentleman! What's up? Ada gadis-gadis yang baru melangsungkan perkahwinan? Oh! Janganlah macam tu, kurang skandal-skandal aku nanti.. Well, korang perasaan tak apa tabiat tipikal orang Malaysia ni? Kadang-kadang buat aku rasa nak marah je, kadang-kadang buat aku tergelak pon ada jugak..



Ketika berlaku kemalangan

Well this is typical Malaysian people, seriously! Cuba korang bayangkan, ketika korang terbangun lambat nak pergi kerja then jalan jem.. Mesti korang stress kan dan dalam hati berkata "damn-damn-damn!! What the hell is going on? Mesti ada kemalangan ni.." Dan bila korang sampai je tempat kemalangan tu, tengok kemalangan kecil je pon.. Cuma kereta kemek sikit-sikit je.. See, sikap prihatin rakyat Malaysia.. Perlahankan kenderaan semata-mata nak lihat apa yang berlaku.. Bullshit!

Lainlah kalau kemalangan tu mengakibatkan lori kontena tersangkut atas pokok ke atau kereta melambung hingga langit ketujuh tak turun-turun.. Kalau macam tu korang perlahankan kemalangan mungkin ada kemaafan sikit lah.. Ini tak! Kadang-kadang tu kemalangan tu berlaku the other side but jalan yang sebelah sini lagi teruk jem nya.. Jilake betol! Aku selalu alami benda ni, rasa nak lompat-lompat atas kereta dorang kasi semua kemek.. Damn! Dan ini boleh mengakibatkan bertambah-tambah kemalangan.. Mana tak nya, kalau kat highway kereta laju je main lane tiga tiba-tiba kat depan stuck, then berlakulah perlanggaran membontoti.. Uishh!! Dan ini akan mengakibatkan punch kad merah.. Jilake!

Tak tahu bagi signal

Kejadian ni biasa berlaku ketika korang tengah syok-syok layan feeling lagu Shila Amzah, tiba-tiba kereta depan korang brek dan terus belok masuk simpang dan kaki korang pon mula lah menggelabah pijak paddle break.. Kadang tu kalau atau penumpang sebelah, dia pon turut tekan paddle break walaupon takde..

Mungkin pengguna yang nak beli kenderaan baru perlu cabut signal bagi mereka yang tak reti guna tu.. Mungkin harga kenderaan tu boleh dapat murah sikit.. Fuuu!! *terasa*


Ketika di traffic light

Merah tanda berhenti, kuning tanda bersedia untuk berhenti, hijau jalan.. Do you got it? Tapi tipikal rakyat Malaysia ni lampu kuning tanda pecut.. *terasa* Ini lah pelumba kereta mahupon motosikal yang tak diiktiraf.. Ada ke patut time lampu kuning pecut.. Dah tu ngam-ngam sampai kat line putih tu merah.. Apa korang nak buat? Nak brek tak sempat dah kan? Jadi teruskan memecut.. Bijak-bijak..

Dah tu pulak, yang tengah menunggu lampu hijau tak reti-reti gak nak sabar.. Tengok lampu traffic light lain yang hijau tu dah kuning je, terus jalan.. Ini boleh mengundang kemalangan tahu.. Kalau berlaku kemalangan siapa yang kita nak salah kan, yang pecut lampu kuning ke yang tak sabar nak jalan bila nampak traffic light yang lain dah kuning? Biasanya motor je time kat traffic light mesti jeling-jeling traffic light yang hijau tu.. Bila kuning je terus jalan.. Yang suka pecut ni pantang nampak lampu kuning.. Tak tahu lah orang ni nak uji kelajuan kereta ke atau berapa panjang umur mereka..

Ketika berada dalam lif

Bila korang naik lif yang kelilingnya cermin atau such things yang boleh menampakkan diri korang sendiri, then korang sorang je lelaki yang lain perempuan mahupon sebaliknya, korang mesti jadi tak keruankan? Bila pandang depan nampak muka sendiri lepas tu rasa macam semua orang pandang korang.. Masa tu mulalah keluarkan handphone dan pura-pura jawab call padahal kebayakkan lif kalau masuk mesti takde line.. Dapat pulak time tu nak naik tingkat 88 ke kan? Tak ke semua jenis benda korang keluarkan dari poket mahu pon handbag.. Aku ni dah lah pemalu dan sememangnya aku tak suka situasi ni..

Kalau sorang-sorang dalam lif, lain pulak jadinya.. Mesti korang akan buat benda yang bukan-bukan kan? Bukan lah korang bogel ke dalam lif tu.. Tapi tak tahu lah kalau ada yang buat.. Hihi.. I mean, mesti korang nyanyi lah dalam lif tu, cakap dengan cermin tanya korang comel ke tak, shuffle sambil nyanyi lagu.. Kan? Kan? Kan? Malu lah tu nak ngaku.. Tapi aku tak buat semua benda tu tahu.. Betul tak tipu.. Korang je..



Hobi main tekan-tekan remote televisyen

Haa.. Yang ni aku tak suka.. Kalau dapat kawan serumah yang suka main tukar-tukar channel.. Tengah feeling-feeling layan cerita love story euww-euww, baru nak capai tisu lap air mata then kawan korang tukar.. Apa korang rasa? Rasa nak baling tv tu kat kepala dia tak? Dapat pulak astro kan, ada beratus-ratus channel.. Kawan korang tekan-tekan dari 101 hingga 101 balik then cakap "Eh, that nothing on lahh!" Perghh.. Kalau aku, aku lambung kawan aku dari tingkat 88 ke bawah.. Fuuu!!

Tapi bila korang lepak kat mamak yang bukan 24 hours, bila dorang tukar channel yang buat korang tak paham serta siap tutup subtitles.. Itu maksud dia, dia suruh korang blahh! Tak reti nak balik-balik rumah lagi ke!!

Sunday, March 11, 2012

Sebab-sebab perempuan suka suami orang

Hey girls.. Keluar makan dengan suami perempuan mana hari ni? Makan di restoran mewah ke? For sure dia yang belanjakan.. Oh! Bestnya jadi korang.. Aku nak join jugak boleh? Hihi..

Ok, berbalik kepada tajuk entry aku sebab perempuan suka suami orang.. Aku tahu ada girls di luar sana yang suka dengan suami orang.. Aku harap tiada siapalah yang akan terasa sehingga berguling-guling menuju ke dalam tandas untuk menangis mahu pon cuba terjun dari katil kononnya nak bunuh diri.. Pehhliss! Tak thrill tahu kalau setakat terjun katil, jom terjun KLCC nak?

Nak elakkan lelaki jatuh cinta

Well, seperti yang aku pernah cakapkan sebelum ni lelaki sangat-sangat-sangat mudah perasan dan terjatuh cinta.. Tapi tak boleh lah nak salah kan lelaki kalau macam tu.. Yelah, perempuan ni kan makhluk penggoda.. Hihi..



Perempuan akan berfikiran "Baik aku kawan dengan lelaki yang dah kahwin atau pon yang in relationship, takde lah dorang jatuh cinta dengan aku nanti." Ye tak? But I dont think this is good idea.. Why? Sebab kalau difikirkan lebih jauh, tak ke lelaki tu akan curang pula dengan korang? Ahh! Perempuan memang celik tapi fikirannya tak jauh.. Bullshit! Bukan lah aku nak blame perempuan je.. Lelaki pon sama je.. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyikan..

Lelaki single takde ciri-ciri Prince Charming korang

Lelaki yang dah berkahwin dia akan tahu skill-skill nak mengorat perempuan.. Ataupon mungkin dia nak cuba skill lain selain dari skill yang dia buat masa nak ngorat wife dia dulu.. Lelaki dah kahwin akan lebih romantik layan, belai dan lebih mengambil berat.. Selain itu, dia pon ada sifat sabar yang lebih dan pandai memberi nasihat serta sifat matang yang lebih.. Tapi aku rasa aku ada semua tu.. Tak terpikat dengan aku?

Oleh kerana perempuan ni naif dan lurus terus terpikat dengan lelaki tu.. Damn it! Aku yang single dan baik ni kan ada.. Nak jugak yang dah kahwin..



Semakin tua, semakin kacak

Yess! Ini adalah fakta.. Tahu kah korang semakin berumur lelaki tu semakin kacak, macho, matang dan diminati.. Agree? Perempuan amat tertarik dengan lelaki yang matang.. Even lelaki tu tak kacak, tak macho tapi kejantanan dan kematangan lelaki membuatkan perempuan melting.. Tu baru yang tak kacak dan tak macho, kalau yang sebaliknya macam aku dah tua nanti for sure aku macho, kacak dan bergaya.. Agak-agak time tu wife aku ada empat tak? Hihi.. Tak lah, aku baik tahu.. Setia! Memang susah nak cari lelaki single yang matang, rata-rata kahwin pada umur 25-35 tahun..

Tapi bagi perempuan, semakin senior atau tua perempuan tu semakin rendah market nya.. Itu lah hakikatnya.. Tak boleh win-win situation hocayy! Hihi..

Pengalaman

Aku tahu apa yang otak kuning korang fikirkan, Sex-sex-sex, segala dalam kelambu dan berapa besar organ reproduktif lelaki tersebut.. Fuuu!! But this is not about seks semata-mata tapi pasal perlakuan dan layanan.. Lelaki dah kahwin ni lebih romantik.. Bila bergaduh takde nya jerit "Hantar I balik rumah mak I!!" Nak balik pergilah balik sendiri ye tak? Nak suruh orang pulak hantar dia.. Baik jangan merajuk.. Hihi.. Lelaki dah kahwin ni suka mengalah bila bergaduh.. Aku yang tak kahwin lagi ni pon macam tu tahu..



Kaya

Money-money-money.. Perempuan mana yang tak suka duit ye tak.. Biar lah tak kacak macam aku pon orang tu, still nak jugak.. Itu semua sebab duit lah.. Bullshit! Why the hell korang nak yang tak kacak.. Ramai je lelaki single yang banyak duit lagi-lagi anak datuk.. Kenapa nak yang dah berkahwin jugak? Sebabnya, lelaki-lelaki kaya yang muda ni suka berfoya-foya.. Thats why perempuan pilih lelaki kaya yang dah berkahwin sebab lebih secure dan boleh terus ajak kahwin..

Test market

Kadang-kadang tu lelaki saja je nak test market bila dia rasa "aku dah tua ke? Takde market lagi? Agak-agak aku test market awek comel depan tu lepas tak?" Kalau dia berjaya ngorat korang, dia akan berasa secure sikit takde lah takut kena tinggal wife dia sebab dah tua.. Tapi kalau kantoi dengan wife dia macam mana? Aku tak tahu.. Aku tak tahu..


Aku bukan nak salahkan perempuan je.. Yang jatuh cinta dan yang memberi cinta, dua-dua sama je.. Bullshit! Nampak tak aku cuba bela kaum perempuan jugak.. Baik kan aku? Dan aku nak kaum perempuan berfikir, bagus ke bercinta dengan suami orang ni? Tak rasa bersalah? Sanggup ke bermadu walau pada awalnya kena baling periuk dan kuali dari isteri pertama? Apa guna aku yang single, baik dan lagi baik ni?

Terlajak perahu pon boleh undur walaupon takde gear reverse.. Why korang tak boleh undur untuk suka kat aku pulak kan? Hihi

Friday, March 9, 2012

Beza suka, sayang dan cinta

Hello lover's euww-euww sekalian.. Dah dapat cinta baru selepas kena backstab? Bagi yang perempuan tu, hari ni pakai bedak kat muka tu berapa tebal untuk menarik perhatian lelaki? Guna simply siti ke? Err..



Actually, aku takde bakat nak menjiwang macam hero-hero Korea yang gay tu.. Tapi kalau terpaksa mungkin tahap menjiwang aku lebih karat dari besi karat kat belakang rumah korang..
So sekarang ni aku telah dipaksa menjiwang dengan ada yang tanya aku cinta tu apa? Ehem!

Suka

Which is suka adalah satu perasaan yang korang akan rasa bila ada sesuatu yang mengujakan.. Contoh mengujakan tu macam bila korang jumpa aku dan dalam hati korang cakap "Aku sukalah Muiz tu, walaupon pendiam tapi gaya dia tu cool je dan comel pulak tu.." Got it? Perasaan suka tu mudah untuk hadir.. Rasa suka tu biasa akan hadir dalam sesuatu hubungan yang biasa-biasa je.. I mean just kawan or etc..

Bila seseorang tu pandai melawak dan bila dengan dia buat kita pecah perut gelak guling-guling sambil terkentut-kentut, ianya akan membuat kita suka dekat dia..

Sayang

Perasaan sayang ni akan hadir bila korang selalu dengan benda yang korang suka.. Contohnya korang suka kat aku kan, then hari-hari pon lepak sama-sama, terjun bangunan sama-sama, mandi bogel je tak sama-sama lagi.. Bila dah selalu macam tu dan ada sesuatu berlaku dekat aku, korang akan risau.. Itu tandanya korang mula ada perasaan sayang.. Harap-harap perempuan lah yang sayang kat aku.. Kalau gay tu, go away pehliss!! Bullshit! Sayang tu tak semestinya dengan girlfren or boifren.. Dengan keluarga, saudara, kawan, pasangan gay atau lesbian mahu pon dengan kucing peliharaan korang..

Rasa sayang juga akan hadir bila kita selalu menceritakan sesuatu masalah kita dekat orang lain seperti keluarga atau kawan kita sendiri.. Dalam erti kata lain menceritakan masalah dekat orang yang boleh membuang masa dia, yang boleh kita carut-carutkan, memeningkan kepala dia dengan masalah kita sehingga buat dia terjun katil sebab kita bukan ada perasaan cinta dekat dia..



Cinta

Perasaan cinta ni adalah sesuatu yang mendalam.. Suka adalah suka, sayang adalah sayang tapi cinta merangkumi kesemuanya.. Rasa cinta ni akan timbul bila kita mengharapkan seseorang tu jadi milik kita.. Kalau boleh semua yang kita buat nak dia tahu.. Kalau dia buat sesuatu kita pon akan cuba buat jugak padahal sejak azali korang tak suka buat benda tu.. Seperti makan budu, uishhh.. dah lah masin tapi sebab dia suka korang pon nak suka jugak.. Apa nak buat jatuh cinta dengan orang timur.. Hihi.. Tapi kalau orang tu lari keliling bangunan dengan keadaan bogel jangan lah nak ikut jugak.. Fuuu!!

Bila ada rasa cinta ni korang akan selalu ingat, berangan dan mimpi pasal dia.. Kita akan cinta kan dia sepenuh jiwa dan raga kita walaupon dia buat tak tau je dengan korang.. Tapi kalau korang cintakan aku, just tell me.. Mungkin aku boleh pertimbangkan jadi isteri nombor kedua ke ketiga ke mahupon yang keempat.. Nak?



But but buthurtt untuk kawal semua rasa tu bagi kaum lelaki.. Why? Ini kerana lelaki ni adalah sangat-sangat-sangat cepat perasan.. Even kalau perempuan senyum kat lelaki pon, lelaki akan predict yang perempuan tu suka dekat dia.. Oh damn it!!

So girls, beware bila nak berkawan dengan lelaki.. Well girls, aku saran kan korang berkawan dengan lelaki lembut atau pon bahasa kasar nya sotong.. But why? Sebab korang akan rasa secure sangat-sangat.. Lelaki lembut biasanya hanya akan berkawan je dengan girls bukan feeling-feeling.. Lelaki lembut just want a friendship.. Seriously.. Begitu juga dengan gay, memang takde perasaan dengan perempuan.. No love, no sexual harassment and such things..

If guys ajak korang hang out together-gether, tengok wayang, malam-malam main sms, video call. Be careful girls, lelaki tu telah selangkah keluar dari friend zone.. Bila nak keluar dengan lelaki better girls ajak kawan-kawan girls yang lain, 10 orang mungkin.. Bila sorang lelaki keluar dengan 10 perempuan yang takde perasaan dengan lelaki tu, so how lelaki tu nak jatuh cinta dengan korangkan? Dia tak akan ada sifat perasan bila situasi macam tu..



Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik if both of side set their mind into friendship.. But ianya sangat-sangat-sangat susah.. Damn! Dan jangan cari kawan lelaki yang bermula dengan ayat "Hai, boleh berkawan?" They are bullshit! How the hell seorang lelaki just nak berkawan je dengan gaya ayat macam tu.. Awkward!

And and and now, mesti korang gilrs terfikirkan kalau macam tu baik kawan dengan lelaki yang dah berkahwin atau dengan relationship guys.. Pehhliss!! Thats not a good idea.. Trust me! But later lah aku cerita pasal ni.. Kalau nak huraikan lagi, menjela-jela entry ni nanti.. Tapi kalau susah sangat taknak bagi lelaki ni menaruh harapan kat korang, berterus terang je lah.. Cakap "Awak tu dah la tak kacak, macam bangla jaga petrol pam tu je!!." Kejam sangat bunyinya ye tak? Hihi..

Wednesday, March 7, 2012

#Random Wednesday: Paranoid



Just because you're not paranoid doesn't mean they're not out to get you.. It will be you're nightmare..

Tuesday, March 6, 2012

Tafsiran mimpi

Hai dreamers.. Whats up? Mimpi apa malam tadi? Seronok bersenggama? Basah ke kering? Actually, pagi tadi bila aku sampai je kat opis, ada seorang gadis rakan sekerja aku cakap "Muiz, saya mimpi awak malam tadi!" What? What? What? Nadi aku terhenti seketika di situ.. Kenapa dia boleh mimpikan aku? Nak kata rapat dengan dia tak sangat pon.. Mungkin sebab aku kacak dan baik kot.. Auww!



Well, aku bet korang semua mesti pernah mengalami mimpikan? Tipulah kalau korang tak pernah mimpi.. Itu maksudnya otak korang mati.. Disebabkan kejadian pagi tadi, aku mula mencari fakta-fakta tentang tafsiran mimpi.. Entry hanyalah berdasarkan kajian aku sendiri je.. Mungkin ada betul, mungin tidak..

Firstly aku nak bagi tahu, pehhliss jangan terlalu percayakan mimpi! Korang mesti terpikirkan, adakah mimpi korang tu akan jadi realiti kan? Well, kebanyakkan mimpi tu hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan.. Most of the people akan cakap macam tu..

Macam mana nak tahu mimpi tu mainan syaitan atau tidak? Erm, mungkin kita tak akan pernah tahu.. But kalau mengalami mimpi buruk itu dikira mainan syaitan.. Most of the mimpi-mimpi adalah mainan tidur dan mainan otak.. Kalau perempuan tu, kadang mimpi lari-lari tepi pantai dengan prince charming dorang lah ye tak? Kalau takde mimpi tak syok pulak tidur nanti kan.. Macam mana korang nak mimpi aku yang kacak ni nanti.. Hihi..



Kadang tu korang akan berasa sedih sangat dalam mimpi tu.. Tanpa korang sedari, air mata pon boleh meleleh masa tidur tahu.. Tapi macam mana nak tahu, dah korang tidur kan.. Mimpi sedih ni juga sebenarnya mainan syaitan atau mainan otak sendiri.. What mainan otak? Maksudnya, yelah dah sebelum korang nak lelapkan mata tu, mulalah korang mula berfikir kononnya nak kahwin dengan prince charming korang lah, main geli-geli dengan anak sultan, makan suap-suap dengan putera katak atau berangan keluar dating dengan aku yang kacak ni.. Lepas tu senyum sorang-sorang atas katil kan? Kan? Kan? Oleh sebab tabiat korang yang macam tu lah yang akan sampai terbawa-bawa dalam tidur apa yang korang angankan.. Korang terlalu fikirkan sesuatu sehingga terbawa dalam tidur.. Yess! Itulah yang dimaksudkan mainan otak.. Bila tidur otak kita akan berada di dalam keadaan separa sedar dan tanpa disengajakan kita terbawa masuk apa yang kita fikirkan tadi..

Kalau korang mimpikan seseorang, dan tertanya-tanya apa maksud mimpi tu? Adakah dia jodoh aku? Well, berkemungkinan dia tu jodoh korang adalah sangat-sangat-sangat sedikit.. Most of the mimpi is nothing.. Bullshit!

Normally, korang mesti pernah mimpi sesuatu yang belum berlaku kan? Dalam erti kata lain bermimpi ala-ala deja vu ni.. Contoh korang berjumpa dengan seseorang dan rasa macam pernah jumpa je sebelum ni.. Got it? Aku selalu alami benda tu.. Ianya dalam keadaan samar-samar je ingatan tu.. Well, takde siapa yang boleh ingat mimpi 100%.. 50% pon susah.. Mungkin certain orang je yang dapat anugerah dari Allah untuk mengingati semua mimpi..



Dan jangan lah korang buat sesuatu tu based on mimpi korang.. Suka talk nonsense lah itu lah ini lah, kononnya mimpi korang tu betol.. Atau korang pergi pukul jiran korang sebab curi spender yang korang sidai kat luar hilang sebab jiran korang yang ambil masa dalam mimpi.. Bullshit!

Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya.

Di atas adalah pendapat ulama tentang mimpi.. So? Korang nak kata yang korang tak pernah menipu lah? Oh pehhliss lahhh!! Fuuu!!

Mimpi ni terbahagi kepada beberapa, mimpi yang benar akan datang dari Malaikat, mimpi yang buruk adalah dari syaitan untuk merosakkan korang dan mimpi yang datang dari korang bila korang suka sangat dekat lelaki accent Korea, lantas bawa masuk dalam mimpi korang.. Euww!

Bila korang bermimpi tu jangan lah percaya sangat.. Even korang buat solat Istikharah pon, tak semestinya akan diberi dalam bentuk mimpi.. Kadang tu ianya hadir dalam perasaan kita..

Berbalik kepada gadis yang mimpi aku tadi, korang tahu dia mimpi apa? Dia mimpi keluar dating dengan aku.. What the what? Ke sengaja nak ngorat aku? Hihi..

Thursday, March 1, 2012

Putus Kawan?

Hai all.. Ada siapa-siapa yang boleh urutkan tangan aku tak.. Menggigil-gigil tangan aku nak menaip ni, macam baru angkat lori 40 tan dengan menggunakan sebelah tangan je.. Aku nak gadis comel-comel je urutkan.. Tak mahu lelaki, nanti dia goda aku..



Well, korang pernah putus kawan? Mesti korang cakap kawan mana boleh putus ye tak? Seperti air dicincang tak kan putus.. Euww! Why tak boleh putus pulak.. Kalau aku kata boleh macam mana.. Putus dengan BFF lagi lah mustahil ye tak? Ahh! Perempuan lah yang cipta BFF tu.. Kaum lelaki sebut "we are friends forever, I love you, you love me" Euww! Macam gay pulak bunyinya..

Based on pengalaman aku setelah hidup di dunia ni selama 23 tahun(but I'm still forever 21), aku terjumpa beberapa punca yang akan membuatkan korang putus kawan, kawan gay, mahu pon kawan lesbian..

Cinta antara Boifren/Girlfren



Normaly apa yang aku tengok, most of korang lebih mementingkan Boifren/Girlfren korang dari kawan.. Setuju? Benda ni adalah salah satu sebab akan berlaku keretakkan hubungan korang dengan kawan korang.. Why? Well, katakan lah kawan baik seorang perempuan ni ternampak Bf korang dengan perempuan lain atau pon dengan kekasih gay nya.. Then kawan perempuan tu bagi tahu kat korang apa yang dia nampak.. Korang ingat perempuan akan terus percaya? Dan mulalah timbul perasaan yang tak puas hati dan berkata dengan kawan perempuan dia tu "elehh, kau jealous kan aku ada Boifren hot macam tu.. Kau saja je buat cerita supaya aku putus kan? Lepas tu kau boleh lah ngorat Boifren aku tu ye tak? Pehhliss!" Bermulah perang mulut antara si perempuan ni dengan kawan perempuan dia tu.. Err.. Tak cool langsung perang mulut je.. Better less talk, more action.. Main tarik-tarik rambut ke, kan comel macam tu.. Hihi.. At last, baru menyesal hilang kawan dan Boifren.. See, you got the point? Ahh! Isu ni memang tipikal..

Luahkan perasaan



Isu ni pon adalah tipikal dalam cinta euww-euww-euww ni.. Katakan lah korang jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri.. Apa yang korang buat? Luah kan perasaan lah kan.. Well, you must know risk of getting love, is losing friend.. Maksudnya kalau kita nak dapat kan cinta dari kawan baik kita sendiri kita kena pertaruhkan persahabatan.. Ini sebab korang kena lalui awkward moment bila jatuh cinta dengan kawan baik.. Dan ia lebih pedih bila korang di reject.. Then jangan haraplah korang boleh berkawan lagi..

MLM

Do you know MLM ni apa? Yess! Multi level marketing.. The friendship in business only if they can make profit to us.. Cuba korang bayangkan kawan korang ajak lepak minum dan cerita tentang produk serta kekayaan orang lain.. Bullshit! Bukan lah aku nak kata MLM ni fully menipu.. Kalau tipu pon sikit je, macam pergi sewa sport car dan mengaku dia punya konon nya nak tunjuk kekayaan yang dia ada.. Kalau kaya sangat pon tak perlu lah nak menunjuk sangat.. MLM ni memang menghasilkan duit dengan cepat.. Tapi bukan dengan hanya korang duduk rumah goyang kaki.. Kalau dorang kata duduk rumah goyang kaki boleh kaya memang sah-sah menipu.. Fuuu! Pada awalnya korang mesti lah nak lariskan produk dan cari downline ye tak? Then baru boleh goyang kaki sebab orang-orang bawah korang pulak buat kerja..

Benda ni boleh merenggangkan hubungan persahabatan korang dengan kawan korang bila ianya tak menjadi.. dan jangan sekali-kali bawak family, relatives atau kawan terdekat join under korang. Sebab kemungkinan untuk gagal tu gila tinggi.. Bila kawan korang dah bagi janji-janji manis serta tunjuk duit yang hanya berupa gambar di dalam henpon nya, then tak menjadi.. Fuuu! Lepas tu mesti lah segan nak jumpa kan.. Tapi kalau dorang memang banyak duit minta je kat orang tu dahulu kan duit dia, bila ada pulangan pulangkan balik ye tak.. Tak lah terjadinya putus kawan..

Terlalu rapat dengan kawan



Ini pon boleh jadi sebab renggangnya persahabat korang.. Yelah, bila semua benda buat sama-sama.. I mean, life masin-masing lah.. Bukannya korang pergi berry-berry sama mahupon melakukan persetubuhan di dalam kelambu dengan jantina yang sama.. Fuuu! Bila korang selalu stick untuk jangka masa yang lama, korang akan tahu semua perangai buruk kawan korang ni.. Dan mula lah timbul rasa menyampah.. Apa tak nya hari-hari at all time dengan dia je.. Kalau boleh bawak masuk toilet sekali eh? Err.. Lepas tu korang rasa bosan dengan joke dia.. Bila dia gelak, korang pon rasa macam nak siku bertubi-tubi je kat hidung dia.. Benda ni biasanya kaum perempuan lah.. Lelaki cool je hocayy! Aku tak tahu macam mana nak describe soal ni sebenarnya.. Korang faham sendiri je lah.. Hihi..