Friday, June 29, 2012

Tipikal - Bila Bulan Ramadhan hampir tiba

Hai hai apa khabar gadis-gadis comel dan jejaka accent korea sekalian.. What's up! How about your day? Harap semuanya menuju ke jalan yang benar.. Jangan ada yang bengkok mahu pon memilih jalan hitam..

Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma kembali, apa persiapan korang? Ahh! Aku tahu, bagi yang perempuan mula lah sibuk ber shopping sakan membabi buta seperti minggu depan nak raya.. Heyyy! Puasa pon belum lagi hocayyy! Yang lelaki pulak, tengah plan kat mana port yang sesuai untuk berbuka puasa pada tengahari cuaca yang panas terik tanpa mahu diangkut menggunakan van mayat.. Oh em ji!

Baiklah, cukup sekadar itu carutan aku.. Mari teruskan dengan kajian aku semasa bulan puasa yang lepas-lepas.. Firstly korang akan dapat notification facebook yang melampau-lampau banyaknya.. Kalau korang tu jenis forever alone, bila post status mahu pon gambar Kim Kardashian bogel namun tidak mendapat sebarang komen atau pon tiada siapa mahu menekan butang like, pasti korang akan terkejut bila hampir tibanya bulan Ramadhan ini.. Korang tak post status atau gambar pon tetap korang dapat notification yang bersepah.. Why? Ini adalah disebabkan anda telah di tag di gambar-gambar sendiket penjualan kuih raya yang akan berleluasa pada ketika itu.. Sebut je kuih apa, almond london, sarang semut, sarang tebuan, batang lelaki buruk, semua ada laa..

Then, jika korang ingin mencari makanan segera seperti maggi atau kuih-muih segera seperti karipap segera, haruslah lakukan pencariannya sekarang.. Ini kerana semakin hampir dengan bulan Ramadhan semakin kehabisan stok lah makanan segera itu di 7 eleven mahu pon kedai runcit Cipan.. Ini adalah angkara pemonteng-pemonteng puasa yang tegar mula mengumpulkan stok untuk bulan puasa nanti..

Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit tahunan tu, mulalah mengatakan penyakitnya dah tiba.. Contohnya seperti gastrik, kedatangan haid tidak menentu.. So kena telan ubat banyak-banyak.. Dan itu jadi alasan kukuh untuk mereka tidak berpuasa.. Terasa?

Lagi adalah, si perempuan mulalah meletakkan status di facebook "Ermm.. Hari ni nak berbuka apa ye?" atau "Nak masak apa untuk berbuka malam ni ye?" atau "Terliur pulak tengok mamat kacak tu makan spagetti!" Status-status ini adalah sekadar nak memberi tahu semua orang yang dia berpuasa bagi menggantikan puasa yang tertinggal.. Riak? See! Dah dekat-dekat nak puasa baru nak ganti puasa? Haihh.. Kalau baju kotor sikit terus ganti baru, tapi puasa last minit baru nak ganti?

Bila dah sehari dua puasa nanti, time kat opis korang tengok lah kawan korang sure dah mula pasang lagu raya.. Choii! Baru puasa nak raya.. Ke aku buat entry pasal Ramadhan ni awal sangat? Lantak lahhh!

1 comment:

puteri kasih said...

beberapa hari je lagi akan menjelangnya ramadhan :)