Thursday, March 1, 2012

Putus Kawan?

Hai all.. Ada siapa-siapa yang boleh urutkan tangan aku tak.. Menggigil-gigil tangan aku nak menaip ni, macam baru angkat lori 40 tan dengan menggunakan sebelah tangan je.. Aku nak gadis comel-comel je urutkan.. Tak mahu lelaki, nanti dia goda aku..



Well, korang pernah putus kawan? Mesti korang cakap kawan mana boleh putus ye tak? Seperti air dicincang tak kan putus.. Euww! Why tak boleh putus pulak.. Kalau aku kata boleh macam mana.. Putus dengan BFF lagi lah mustahil ye tak? Ahh! Perempuan lah yang cipta BFF tu.. Kaum lelaki sebut "we are friends forever, I love you, you love me" Euww! Macam gay pulak bunyinya..

Based on pengalaman aku setelah hidup di dunia ni selama 23 tahun(but I'm still forever 21), aku terjumpa beberapa punca yang akan membuatkan korang putus kawan, kawan gay, mahu pon kawan lesbian..

Cinta antara Boifren/Girlfren



Normaly apa yang aku tengok, most of korang lebih mementingkan Boifren/Girlfren korang dari kawan.. Setuju? Benda ni adalah salah satu sebab akan berlaku keretakkan hubungan korang dengan kawan korang.. Why? Well, katakan lah kawan baik seorang perempuan ni ternampak Bf korang dengan perempuan lain atau pon dengan kekasih gay nya.. Then kawan perempuan tu bagi tahu kat korang apa yang dia nampak.. Korang ingat perempuan akan terus percaya? Dan mulalah timbul perasaan yang tak puas hati dan berkata dengan kawan perempuan dia tu "elehh, kau jealous kan aku ada Boifren hot macam tu.. Kau saja je buat cerita supaya aku putus kan? Lepas tu kau boleh lah ngorat Boifren aku tu ye tak? Pehhliss!" Bermulah perang mulut antara si perempuan ni dengan kawan perempuan dia tu.. Err.. Tak cool langsung perang mulut je.. Better less talk, more action.. Main tarik-tarik rambut ke, kan comel macam tu.. Hihi.. At last, baru menyesal hilang kawan dan Boifren.. See, you got the point? Ahh! Isu ni memang tipikal..

Luahkan perasaan



Isu ni pon adalah tipikal dalam cinta euww-euww-euww ni.. Katakan lah korang jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri.. Apa yang korang buat? Luah kan perasaan lah kan.. Well, you must know risk of getting love, is losing friend.. Maksudnya kalau kita nak dapat kan cinta dari kawan baik kita sendiri kita kena pertaruhkan persahabatan.. Ini sebab korang kena lalui awkward moment bila jatuh cinta dengan kawan baik.. Dan ia lebih pedih bila korang di reject.. Then jangan haraplah korang boleh berkawan lagi..

MLM

Do you know MLM ni apa? Yess! Multi level marketing.. The friendship in business only if they can make profit to us.. Cuba korang bayangkan kawan korang ajak lepak minum dan cerita tentang produk serta kekayaan orang lain.. Bullshit! Bukan lah aku nak kata MLM ni fully menipu.. Kalau tipu pon sikit je, macam pergi sewa sport car dan mengaku dia punya konon nya nak tunjuk kekayaan yang dia ada.. Kalau kaya sangat pon tak perlu lah nak menunjuk sangat.. MLM ni memang menghasilkan duit dengan cepat.. Tapi bukan dengan hanya korang duduk rumah goyang kaki.. Kalau dorang kata duduk rumah goyang kaki boleh kaya memang sah-sah menipu.. Fuuu! Pada awalnya korang mesti lah nak lariskan produk dan cari downline ye tak? Then baru boleh goyang kaki sebab orang-orang bawah korang pulak buat kerja..

Benda ni boleh merenggangkan hubungan persahabatan korang dengan kawan korang bila ianya tak menjadi.. dan jangan sekali-kali bawak family, relatives atau kawan terdekat join under korang. Sebab kemungkinan untuk gagal tu gila tinggi.. Bila kawan korang dah bagi janji-janji manis serta tunjuk duit yang hanya berupa gambar di dalam henpon nya, then tak menjadi.. Fuuu! Lepas tu mesti lah segan nak jumpa kan.. Tapi kalau dorang memang banyak duit minta je kat orang tu dahulu kan duit dia, bila ada pulangan pulangkan balik ye tak.. Tak lah terjadinya putus kawan..

Terlalu rapat dengan kawan



Ini pon boleh jadi sebab renggangnya persahabat korang.. Yelah, bila semua benda buat sama-sama.. I mean, life masin-masing lah.. Bukannya korang pergi berry-berry sama mahupon melakukan persetubuhan di dalam kelambu dengan jantina yang sama.. Fuuu! Bila korang selalu stick untuk jangka masa yang lama, korang akan tahu semua perangai buruk kawan korang ni.. Dan mula lah timbul rasa menyampah.. Apa tak nya hari-hari at all time dengan dia je.. Kalau boleh bawak masuk toilet sekali eh? Err.. Lepas tu korang rasa bosan dengan joke dia.. Bila dia gelak, korang pon rasa macam nak siku bertubi-tubi je kat hidung dia.. Benda ni biasanya kaum perempuan lah.. Lelaki cool je hocayy! Aku tak tahu macam mana nak describe soal ni sebenarnya.. Korang faham sendiri je lah.. Hihi..

6 comments:

Anonymous said...

awak,sy da follow awk..follow sy blik ea??mekasih sudi komen blog sy..

Unknown said...

selamat pagi..
terima kasih sudi singgah blog husna yg naif itu..^^
ckp smalam bufday hari nie ea??
happy birthday ye..have a blast..

muiz aL said...

Bukan hari sebenarnya.. Beberapa hari yang lepas.. Tapi berlanjutan sampai hujung tahun.. Boleh bagi hadiah lagi.. Hihi

muiz aL said...

Sama-sama =D

Juliet_iRa~" said...

so?heee..jgn terlalu rpt dgn org..tu y ira rs..sbb bila dah terlalu rapat n percaya...bila dia buat ssuatu y kita xsuka..mmg kita xkan percaya dia dah...huuuu

pntgkan bf/gf tu ada y care, ada y tak..so depends sebenarnya...

AzwanRamli said...

nice sharing bro....