Monday, March 19, 2012

Tipikal: Tabiat orang Malaysia Part 1

Hai ladies yang comel-comel and gentleman! What's up? Ada gadis-gadis yang baru melangsungkan perkahwinan? Oh! Janganlah macam tu, kurang skandal-skandal aku nanti.. Well, korang perasaan tak apa tabiat tipikal orang Malaysia ni? Kadang-kadang buat aku rasa nak marah je, kadang-kadang buat aku tergelak pon ada jugak..



Ketika berlaku kemalangan

Well this is typical Malaysian people, seriously! Cuba korang bayangkan, ketika korang terbangun lambat nak pergi kerja then jalan jem.. Mesti korang stress kan dan dalam hati berkata "damn-damn-damn!! What the hell is going on? Mesti ada kemalangan ni.." Dan bila korang sampai je tempat kemalangan tu, tengok kemalangan kecil je pon.. Cuma kereta kemek sikit-sikit je.. See, sikap prihatin rakyat Malaysia.. Perlahankan kenderaan semata-mata nak lihat apa yang berlaku.. Bullshit!

Lainlah kalau kemalangan tu mengakibatkan lori kontena tersangkut atas pokok ke atau kereta melambung hingga langit ketujuh tak turun-turun.. Kalau macam tu korang perlahankan kemalangan mungkin ada kemaafan sikit lah.. Ini tak! Kadang-kadang tu kemalangan tu berlaku the other side but jalan yang sebelah sini lagi teruk jem nya.. Jilake betol! Aku selalu alami benda ni, rasa nak lompat-lompat atas kereta dorang kasi semua kemek.. Damn! Dan ini boleh mengakibatkan bertambah-tambah kemalangan.. Mana tak nya, kalau kat highway kereta laju je main lane tiga tiba-tiba kat depan stuck, then berlakulah perlanggaran membontoti.. Uishh!! Dan ini akan mengakibatkan punch kad merah.. Jilake!

Tak tahu bagi signal

Kejadian ni biasa berlaku ketika korang tengah syok-syok layan feeling lagu Shila Amzah, tiba-tiba kereta depan korang brek dan terus belok masuk simpang dan kaki korang pon mula lah menggelabah pijak paddle break.. Kadang tu kalau atau penumpang sebelah, dia pon turut tekan paddle break walaupon takde..

Mungkin pengguna yang nak beli kenderaan baru perlu cabut signal bagi mereka yang tak reti guna tu.. Mungkin harga kenderaan tu boleh dapat murah sikit.. Fuuu!! *terasa*


Ketika di traffic light

Merah tanda berhenti, kuning tanda bersedia untuk berhenti, hijau jalan.. Do you got it? Tapi tipikal rakyat Malaysia ni lampu kuning tanda pecut.. *terasa* Ini lah pelumba kereta mahupon motosikal yang tak diiktiraf.. Ada ke patut time lampu kuning pecut.. Dah tu ngam-ngam sampai kat line putih tu merah.. Apa korang nak buat? Nak brek tak sempat dah kan? Jadi teruskan memecut.. Bijak-bijak..

Dah tu pulak, yang tengah menunggu lampu hijau tak reti-reti gak nak sabar.. Tengok lampu traffic light lain yang hijau tu dah kuning je, terus jalan.. Ini boleh mengundang kemalangan tahu.. Kalau berlaku kemalangan siapa yang kita nak salah kan, yang pecut lampu kuning ke yang tak sabar nak jalan bila nampak traffic light yang lain dah kuning? Biasanya motor je time kat traffic light mesti jeling-jeling traffic light yang hijau tu.. Bila kuning je terus jalan.. Yang suka pecut ni pantang nampak lampu kuning.. Tak tahu lah orang ni nak uji kelajuan kereta ke atau berapa panjang umur mereka..

Ketika berada dalam lif

Bila korang naik lif yang kelilingnya cermin atau such things yang boleh menampakkan diri korang sendiri, then korang sorang je lelaki yang lain perempuan mahupon sebaliknya, korang mesti jadi tak keruankan? Bila pandang depan nampak muka sendiri lepas tu rasa macam semua orang pandang korang.. Masa tu mulalah keluarkan handphone dan pura-pura jawab call padahal kebayakkan lif kalau masuk mesti takde line.. Dapat pulak time tu nak naik tingkat 88 ke kan? Tak ke semua jenis benda korang keluarkan dari poket mahu pon handbag.. Aku ni dah lah pemalu dan sememangnya aku tak suka situasi ni..

Kalau sorang-sorang dalam lif, lain pulak jadinya.. Mesti korang akan buat benda yang bukan-bukan kan? Bukan lah korang bogel ke dalam lif tu.. Tapi tak tahu lah kalau ada yang buat.. Hihi.. I mean, mesti korang nyanyi lah dalam lif tu, cakap dengan cermin tanya korang comel ke tak, shuffle sambil nyanyi lagu.. Kan? Kan? Kan? Malu lah tu nak ngaku.. Tapi aku tak buat semua benda tu tahu.. Betul tak tipu.. Korang je..



Hobi main tekan-tekan remote televisyen

Haa.. Yang ni aku tak suka.. Kalau dapat kawan serumah yang suka main tukar-tukar channel.. Tengah feeling-feeling layan cerita love story euww-euww, baru nak capai tisu lap air mata then kawan korang tukar.. Apa korang rasa? Rasa nak baling tv tu kat kepala dia tak? Dapat pulak astro kan, ada beratus-ratus channel.. Kawan korang tekan-tekan dari 101 hingga 101 balik then cakap "Eh, that nothing on lahh!" Perghh.. Kalau aku, aku lambung kawan aku dari tingkat 88 ke bawah.. Fuuu!!

Tapi bila korang lepak kat mamak yang bukan 24 hours, bila dorang tukar channel yang buat korang tak paham serta siap tutup subtitles.. Itu maksud dia, dia suruh korang blahh! Tak reti nak balik-balik rumah lagi ke!!

2 comments:

Aenna Mazlan said...

yes! dats it...sume prkara tu wat i rase panas hati naek smpi ke kepala..tunggu mase nk meletup..pastu mmg dpt free maki hamun je dgn i,,huhu

ALLANNA EZRA said...

ahahha..lagi satu, kalau ada kemalangan, org slow kn kereta sbb nak amik no plat kete yg accident tu..nak bli nombor ekor..wahahaha