Monday, April 2, 2012

Perlu jadi selfish untuk masa tertentu untuk orang tertentu

Hello gadis-gadis comel dan jejaka gay sekalian.. Agak lama aku tak update blog kan? Lately ni, aku agak busy sikit.. Nak luangkan masa dengan Tiz Zaqyah, Neelofa dan Shila Amzah.. Tinggal nak cari lagi sorang je.. Baru lah penuh kuota then boleh kahwin ye tak?

Kau bila nak kahwin? Soalan tipikal kepada orang yang dah layak berkahwin.. So korang nak jawab apa? Nak jawab "Biarlah family aku yang carikan!"

Well, bila bercakap mengenai pilihan keluarga ni, apa pendapat korang?



Rasa cinta itu wujud bila pilihan family tu cantik atau handsome ye tak? Kalau korang di jodohkan dengan lelaki yang tak handsome, super tak handsome dan super duper tak handsome korang nak terima tak?

Beauty is in the eyes of beholder mungkin? Adakah benda ni boleh di apply bagi lelaki? Tetapi bagi perempuan? Money always comes first? Bullshit?

Lelaki ni bukan lah annoying sangat nak perempuan yang perfect.. Just cari seseorang yang membuatkan lelaki tu suka pandang, tak jemu, syok je.. Rasa macam nak tatap muka gadis tu lama-lama.. Kalau boleh nak masuk kan gadis tu dalam poket mahu pon boxer.. Dan ini akan boleh membuatkan semua gadis lain selain gadis tu adalah umpama predator.. Hihi..



Perempuan? Aku tak pasti.

Serta, relevan lagi kah perkahwinan tanpa mengenal hati budi pada masa sekarang? Lelaki muka suci, muka baik.. Tetapi perangai dekat-dekat nak sama ngan setan dah. Same goes to perempuan yang betudung labuh tetapi belakang macam-macam buat.. Aku bukan mempertikaikan keperabadian gadis bertudung dan lelaki bermuka suci. Cuma, aku bercakap mengenai keadaan semasa yang dah tak sama seperti dulu. Same goes to "Don't ever judge a book by its cover."

So, aku nak tanya anda semua.. Sanggupkah anda tinggalkan kekasih anda yang bersama anda ketika ini semata-mata dengan pilihan keluarga yang hensem/cantik yang ber-gred AAA, 10/10, berpewatakan elok cukup agama dan sesuai dengan anda?

Well, jika anda menjawab "Ya", anda tak boleh salahkan orang lain yang selfish bila nak dapatkan seseorang yang lagi baik dari yang sedia ada.. Orang lain pun sama seperti anda yang tinggalkan kekasih demi pilihan keluarga yang tinggi agama serta kredibiliti..

Atau dengan kata lain, if there is something better, why the hell we're looking for the worse?

"Love the one who loves you. Not the one that you love." Mesti korang pernah dengar quote ni kan? Aku nak kata ianya adalah bullshit! Why? Later aku cerita lah..








1 comment:

ell lina said...

xnak kawen ikot pilihan family..ahahha..kalau dapat yg berduit n hensem ok la..(gurau je ey)
=p