Thursday, February 16, 2012

Gelagat lelaki di kedai mamak

Letih melayan wujuders yang hyperactive di wujud.net.. Mungkin mereka baru terkena renjatan elektrik berkuasa 18000 k/w.. Mungkin juga mereka teruja bertemua rakan gay mahu pon lesbian.. Ini terbukti bila mereka tidak mengendahkan kehadiran aku yang kacak ini.. Mereka hanya suka pada kaum sejenis.. Jilake! Sayang sekali bagi gadis-gadis yang comel dalam tu, sila lah lihat aku yang kacak ni.. Err.. Mari lupakan kisah wujuders itu..



Jika ditanya kemanakah aku selalu melepak selepas waktu kerja mahu pon selepas berkejaran dengan gadis separuh bogel di tepi pantai, ternyata aku hanya duduk di kedai mamak beserta kawan-kawan aku.. Tak tahu lah kenapa aku suka ke mamak, mungkin sudah terkena air peluh mamak yang bercampur aduk ke dalam air minuman aku.. Thats why aku ketagih kot.. Fuuu! Well, korang pon mesti pernah lepak mamak kan? Tak kira lah mamak Kembar Presint 9 Putrajaya, Ameer Ali seksyen 15 Bangi, mahu pon Maulana belakang Sekolah Menengah Sri Serdang.. Macam-macam gelagat yang mungkin sudah menjadi hobi kita akan lihat di mamak terutamanya lelaki..

Order air yang sama

Ini adalah berdasarkan kajian aku terhadap kawan-kawan aku sendiri.. Setiap kali melepak mereka sudah punyai air kegemaran tersendiri.. Kadang-kadang bagi regilerr(regular) costumer seperti rakan aku, tidak perlu menjerit memanggil "ane!!" untuk order minuman.. Ini kerana lepas 30 saat duduk air tu akan sampai sendiri.. See! Sehingga ane di kedai mamak itu sendiri sudah tahu apa yang hendak di order.. Pemilihan air yang sama setiap hari mungkin kerana mereka sudah punyai kira-kira menggunakan duit di mamak untuk sebulan.. Jika menukar air lain mungkin lebih mahal dan membuatkan bajet akan lari sebanyak 0.1 sen sehari..

Mengusha gadis

Perkara ini hanya dilakukan oleh lelaki untuk mengusha gadis-gadis tertentu sahaja.. Terutamanya gadis-gadis comel.. Pada gadis comel jangan salah sangka ye! Kami hanya memperkatakan kecantikan anda sambil berkata "Wahh.. Comelnya, kalau lah jadi bini aku".. Itu saja.. Betul tak tipu.. Paling tidak pon kami akan mencampakkan tisu ke atas meja anda yang tertulis nombor telefon.. Sweet kan lelaki ni?

Tapi lain pula jika lelaki ternampak perempuan seksi yang hanya mengenakan tiub dan skrit atau seluar pendek.. Lelaki akan melihat mereka sambil mulut ternganga dan hidung berdarah, serta berkata "Perghh.. Mantop siot awek tu! Grrr!!" dan mereka akan mula bercerita sesama sendiri "Cuba kau tengok tu.... Bla bla bla.." So gadis yang suka berpakaian seksi tu, jangan salahkan lelaki ye! Jangan nak kata kitorang yang lelaki ni gila seks.. Yang korang pergi pakai macam tu buat apa.. Lagi pon kajian saintifik ada mengatakan, lelaki yang fokus payu dara wanita selama 10 minit boleh panjangkan umur.. Tak tipu.. Tak percaya cuba google.. Lelaki suka lah tu.. Hihi..

Wifi free

Ini juga adalah salah satu faktornya.. Bagi mereka yang suka sangat online facebook, then suka main check in guna application foursquare ternyata mamak adalah tempat yang sesuai.. Walaupon di kedai lain seperti di Old Town, Starbuck pon ada tetapi ternyata air minuman mereka berkali ganda mahal.. Ini juga sekali gus boleh memperagakan gadjet-gadjet canggih mereka.. Puii!!

Gosip

Bila semua sudah bosan menghabiskan masa dengan bersosial di facebook dan tweeter mahu pon menonton video porn, mereka mula bergosip.. Eh pehliss! Ingat lelaki tak tahu gosip ke? Asyik korang perempuan je suka gosipkan.. But, lelaki tidak sehebat perempuan bergosip.. Kalau lelaki just jaga tepi kain je, tapi yang perempuan ni jaga sampai ke pakaian dalam.. Bullshit!

Kunyah ais

Biasalah kadang tu cuaca panas.. Air laju je masuk melalui tekak korang.. Then korang pulak lepak berjam-jam.. Bila air dah habis tu kunyah ais je la.. Nak order lagi nanti bajet lari pulak ye tak?

Gigit straw

Ini akan terjadi pula bila ais nak dikunyah dah habis.. Dan korang pulak tak habis-habis bercerita serta tak tahu nak balik rumah sampai mamak tu dah masak 300 keping roti canai.. Jilake! Kadang tu sampai hancur straw tu dan jika masih tidak berpuas hati mereka akan gigit sampai pendek straw tu.. Mungkin sudah jadi habit bagi sesetengah orang..

Kehadiran salesman

Ini sering kali terjadi di mana ada je salesman nak jual minyak wangi lah itu lah ini lah dan ini lah menyebabkan ada antara mereka yang stress sehingga menelan sahaja straw itu..



Begitulah hasil kajian aku terhadap lelaki yang suka melepak di kedai mamak.. Aku tidak melakukan semua di atas.. Kebiasaannya hanya gadis-gadis comel yang hadir ke kedai mamak tersebut yang suka mengusha aku dari jauh dan baling tisu tertulis nombor telefon mereka.. Dan di kedai mamak jugalah Lisa Surihani mengorat aku dulu.. Cemburu?

4 comments:

Lysa said...

setuju. semua tu ada kaitan dgn perangai ayah & abg lisa. sama!! haha eh lisa surihani nak kahwin dah la :p

muiz aL said...

Memang lah Lisa Surihani nak kahwin.. Dia nak kahwin dengan saya lah.. Eh-eh nama awak pon Lisa lah.. Hihi

| CikMatahari | said...

yang last tu macam tipu. hahaha

muiz aL said...

Tak pernah tengok orang telan straw? Sila cuba di rumah..