Wednesday, February 8, 2012

Teori yang fake!

Ditemani teko berasap berisi kopi serta sebentuk cawan percuma yang terukir wajah orang tua yang tak kacak selalu berada di KFC, aku mula meneguk membuatkan aku ketagihan kafein umpama terminum air rebusan daun ketum.. Lantas andrenalin dalam tubuhku meluncur laju seperti meluncur turun dari puncak Everest..



Sebenarnya disini aku nak perkatakan tentang majlis perkahwinan aku dengan Lisa Surihani yang akan berlangsung tidak lama lagi.. Cemburu? Ok, aku tak jadi cerita pasal tu.. Mari kita tukar topik.. Korang pernah dengar dengan teori konspirasi fremason, illuminati serta yang seangkatan dengannya? Yess!! Cerita ni kita telah dengar sejak tahun 2010 lagi.. Well, walaupon dah lama aku still rasa tak puas hati.. Salah satu teorinya ada menyatakan tahun 2012 adalah tahun dunia kiamat.. How the hell do you did that!

Terlalu banyak artikel yang dorang tulis mengenai dajjal, freemason, illuminati and tarikh kiamat.. See? Talk nonsense la tu.. Bullshit! Well, kalau nak kiamat bila-bila pon akan terjadi bila dah sampai masanya kan.. Benda tu semua Tuhan yang tentukan and memang da tertulis dalam Al-Quran.. So, for what korang pergi kaji kononnya kaji kitab kuno lah, kaji kitab black bible la, book of moron la.. Oh em ji! Tu la pengkaji-pengkaji yang jobless buat benda karut.. Fuuu! Suka kaji benda pelik-pelik.. Freak people are freak.. Damn it!

Dari korang buat benda karut macam tu baik korang jadi Imam Muda then belajar tafsir Al-Quran.. Dalam tu semua dah tertulis.. Aku tak la pandai sangat soal macam ni.. Tapi korang tak yah la nak tunjuk sangat kedaifan korang sampai kaji benda-benda yang mengarut macam tu..



Then bila aku baca artikel karut dorang tu, aku terjumpa ni..

“Apabila dijumlahkan 32+24+16+1 adalah 73, 73 dalam operasi dasar adalah 7 ditambah 3 (7+3) berjumlah 10, jumlah tadi kembali 10 itu adalah (2+0+1+2+2+0+1+2), yang merujuk pada angka kiamat 2012, 20-12-2012..

See.. How the hell dorang belajar buat pengiraan macam tu? Sebenarnya tak la salah nak tahu hari kiamat ni.. Ianya akan membuat kita lebih beriman bila ingat hari kiamat.. Seriously! But but buthurttt bila korang buat teori sendiri dan percayakannya.. Tak ke syirik tu? So you got the point right..

And the last thing aku nak bagi tahu.. tadi aku tengok berita berkenaan satu kemalangan orang berbangsa melayu then selepas dari kemalangan tu dia boleh berbahasa cina dan korea.. Dan aku nak tekan kan disini kepada peminat k-pop tu jangan la sengaja lak berdiri tengah jalan untuk dilanggar mahu pon diri sendiri yang melanggar lori yang berhenti di tepi jalan untuk fasih berbahasa korea.. Fuuu!!

No comments: