Tuesday, February 21, 2012

Mimpi bertemu future wife

Hujung minggu yang indah.. Aku hanya menghabiskan masa dengan tidur.. Ahh! Sudah menjadi rutin harian aku bila cuti hujung minggu.. Aku cuba celik mata sedikit dan melihat jam dalam keadaan mamai, dalam hati berkata "Ahh! Masih awal lagi." Selang beberapa minit aku hendak pejamkan mata dengan bersenggama dalam mimpi, aku terdengar sayup je bunyi lagu Travie Mccoy - We'll Be Alright.. Lantas hati kecilku bicara "Haishh! Siapalah pagi-pagi hari minggu ni memekak?!"

Aku berfikir sejenak, "Eh, tu bukan ringtone handphone aku ke?Err.." Lantas aku mengangkat segala benda yang berada di atas katil.. Ternyata katil aku bersepah sebenarnya, nak cari handphone pon susah.. Tengah cari-cari tu aku terjumpa beberapa helaian duit kertas dan kepingan syiling, dalam hati aku berkata "Wahh.. Kaya jugak aku ni, selak sana jumpa duit selak sini jumpa duit." Dan akhirnya aku temui handphone aku..

Lihat di skrin private number.. Lantas aku jawab panggilan tersebut..

"Hello......" Aku menjawab..

"Assalamualaikum.." Wahh.. Perempuan rupanya, lembutnya suara..

"Wa'alaikumussalam, siapa ni?"

"Sayalah future wife awak.."

"Sorry lah tengah mamai tak perasan suara.."

"Baru bangun tidurlah tu kan?"

"A'ah, terlajak pulak.. Hihi.."

"Yok keluar? Saya rindulah dah lama tak jumpa awak.."

"Oh! Ok.. Jam 2 nanti kita jumpa.."


*Aku
*"My future wife"

Di suatu taman,

"Sayang, cuba awak tengok bunga tahi ayam tu cantik tak? Antara bunga tu dengan saya mana lagi cantik?"

Eh, tentulah awak lagi cantik.. Bunga tahi ayam ni dah lah tak cantik, busuk pulak tu..

"Elehh.. Yeke? Tu ayat manis lelaki nak ambil hati kaum macam saya kan? Sebab saya rasa lelaki zaman awak takde idea lain selain tu.. Awak ingat saya tak bosan ke dengan cara yang kaum lelaki guna sama je.. Jadi tak mustahil la kalau lelaki melayu kahwin lambat atau takde couple.. Tak romantik langsung.. Baik saya pergi bercinta dengan hero Korea macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho.. Dah la kacak, romantik lagi.."



Err.. Mana awak tahu saya tak romantik? Memang la saya ni tak banyak cakap dan pemalu, tapi cuba awak renung dalam-dalam mata saya.. Awak nampak kan biji mata saya? Bila tenung lebih dalam, awak akan nampak kornea saya bukan? Awak nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan dekat awak? Hmm.. Awak kena la cuba selam hati saya pulak.. Asyik saya je nak faham awak.. Lagi pon, awak ingat kacak sangat ke hero-hero Korea awak tu? Saya tengok macam gay je.. Tak cool langsung! Cuba awak tengok saya, apa yang kurang? Fizikal saya cukup sempurna.. Dah la kacak, baik, kacak, sopan santun dan kacak.. Can't you see?

"Yelahhh sayang.. Lagi satu saya nak tanya awak.. Dari apa yang saya nampak, lelaki ni memang suka simpan number phone perempuan banyak-banyak eh? Lepas tu pergi pass kat kawan-kawan lelaki lain? Then lelaki yang dapat nombor tu akan telefon perempuan tu cakap "nak berkenalan".. Awak rasa logik ke tiba-tiba lelaki entah dari mana muncul, nak berkenalan semata-mata? Nak ngorat la tu kan.. Ingat saya tak tahu ke! Lepas tu kan, bila perempuan ni tak nak berkenalan, mulalah lelaki cakap sombong la jual mahal la.."

Hmm.. Tu mungkin lelaki lain.. Tapi saya takkan? Dulu-dulu masa saya ngorat awak mana ada macam tu.. Saya gentleman je.. Eh-eh, saya lupa pulak.. Awak yang mengorat saya dulu.. Maklumlah saya ni kan hot.. Bukan begitu ke awak? Hihi..

"Ahh! Perasan la awak ni sayanggg.. Erm.. Kaum lelaki ni memang kuat perasan kan? Especially, bila perempuan tu tegur, senyum dan layan lelaki baik je.. Sebenarnya perempuan tu just try to being nice je.. So, tak perlu nak perasan sangat lah lelaki ni.. Kalau nak ngorat perempuan tu biar la sungguh-sungguh dan niat mesti lah ikhlas.. Tak perlulah nak keluar ayat-ayat manis yang buat kitorang perempuan ni rasa euww-euww.. Tapi bila dah dapat tu jaga la baik-baik.. Masa ngorat bukan main seronok lagi main tarik-tarik tali.. Bila dah dapat buat tak tau je.. Tak guna betol kaum jenis awak tu! Tolong bagi tahu kawan-kawan awak tu ye.. Ingat dorang tu hot sangat ke? Oh pehhlisss!"

Yelah awak! Nanti saya sampaikan pesan awak tu dekat kawan-kawan saya.. Tapi saya tak macam tu kan? See! Sampai hari ni pon kita masih bersama, tunggu saya cukup duit, kita naik pelamin lahh.. Saya bukannya jenis touch and go tahu..

"Lelaki ni suka simpan dendam ke? Bila perempuan reject dia as a boifren, lelaki ni terus ganggu perempuan sampai perempuan tu jatuh hati dengan dia.. Walaupon perempuan tu dah ada boifren.. Mula la nak buat-buat cerita pasal boifren perempuan tu, itu la ini la.. Ingat kaum perempuan senang nak percaya ke tanpa bukti.. Lagi satu kaum perempuan ni setia tahu?"

Alaa.. Biasa la tu.. Itu kebiasaan untuk lelaki tak kacak.. Memang selalu la perempuan reject dia kan.. Nampak sangat perempuan ni memilih.. Nak yang kacak je! Kalau tak kacak nak yang poket tebal.. Haishh! Well, nasib baik saya ni kacak kan? Sebab tu awak sayang saya ye tak? Hihi.. Erm.. Tapi saya takde harta.. Awak sayang saya lagi tak?



"Sayang! Apa awak cakap ni?! Saya bukan jenis perempuan macam tu lah, yang pandang rupa dan harta.. Mungkin certain perempuan je dalam dunia ni macam tu.. Saya terima je awak seadanya.. Sebab awak baik, baik, dan baik.. Susah lah nak jumpa orang macam awak.. Lagi satu saya nak tanya, lelaki ni memang suka tengok perempuan eh? Asal perempuan tu cantik dan seksi je mula lah mata awak ke arah perempuan tu.. Saya tak kesah kalau kadang-kadang awak nak cuci mata tu.."

Well, saya sebenarnya tak suka pon tengok perempuan lain selain awak, sayanggg.. Betul, tak tipu.. Tapi kadang-kadang saya tertengok jugak.. Yelah, mana tak nya.. Kaum perempuan ni suka sangat pakai seksi-seksi sehingga menampakkan buah dada dorang lagi sikit nak keluar serta menampakkan lurah-lurah dendam, sampai berdarah hidung saya tengok.. Siapa suruh dorang pakai macam tu? Tu semua rezeki.. Hihi.. Eh-eh, tak lah! Kadang-kadang tu saya nak bagi awak cemburu je.. Saya suka tengok awak cemburu lepas tu cubit-cubit manja dekat saya.. Walaupon kadang-kadang awak cubit kuat jugak, tapi saya buat tak tahu je.. Tengok tu, saya sakit pon buat tak tahu je.. Itu bermaksud saya sayangkan awak sangat-sangat..



"Saya tahu awak sayang saya.. Awak ni, tiba-tiba saya rasa malu pulak.. Hehe.. Lagi satu saya tak puas hati dengan kaum awak ialah bila cakap pasal kahwin.. Yelah, ada hati nak kahwin sampai empat.. Tahu la kaum perempuan ramai.. Tapi nak jaga yang satu pon belum tentu mampu.. Konon nak ikut sunnah nabi la, nak bagi isteri pertama masuk syurga lah.. How the hell you all boys can do that? Kalau awak tak nak kena pancung kat dunia ni, jangan berani nak berpoligami ye.. Huh! Yang saya cakap tu semua pasal kaum lelaki tahu.. Bukan pasal awak.. Sebab awak baik sangat-sangat dan kacak pulak tu..

Eh-eh awak ni, yang nak emo sangat kenapa? Tak baik tahu tinggikan suara depan suami.. Eh, lupa pulak kita tak kahwin lagi.. Hihi.. Why not kalau lelaki tu nak berkahwin empat? Saya rasa saya mampu kalau setakat nak buat anak dengan awak-awak-awak-awak semua bila malam menjelma.. Lagi-lagi khamis malam jumaat.. Nafkah zahir?? Err..Errr..Errrr.. Tak lah saya gurau je.. Cukup lah awak sorang.. Boleh je nak buat anak ramai-ramai.. Hihi.. Saya ni setia pada yang satu.. Romantik kan saya?



Sayangggg... Sayanggg.. Saya pon nak tanya awak ni.. Bila awak akan muncul dalam realiti saya? Dan awak datang mengorat saya.. Saya tak sabar la nak kenal dengan awak.. Saya tak tahu nak cari awak kat mana.. Nanti takut tersalah ngorat pulak.. Takpe la saya tunggu je awak wujud dalam realiti saya nanti.. Lama lagi tak? Tak sabar lahhh.. Hihi


*Kringggg nenoneno kringgg nenoneno nano nano nano awan nano*
Alarm handphone aku bunyi.. Dah pagi rupanya.. Damn!! Tak sempat dapat jawapan dari future wife aku bila dia nak muncul.. Fuuu!!

5 comments:

wanabee said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA.......
dafuq did i just read ?? >_<
lu mmg byk imaginasi sgt ni bro....
tipu lah smpai mimpi lu boleh ingat setiap apa yg lu ckp kat "future wife " tuh

haha! lawak ah..
anyway ..nice lah ...boleh hantar hasil nukilan ni ..bukukan buat cerpen...awesome dream is awesome >_< *wlapun susah nak jadi kat realiti

muiz aL said...

Siapa yang boleh ingat mimpi 100% ye tak? Hihi.. Buat cerpen? Bukan bagus pon penulisan ni.. Yess! Dream is awesome.. Harap jumpa la future wife tu.. Hihi..

puteri kasih said...

semoga berjumpa la future wife tu nanti...

muiz aL said...

Hope so =)

nur_za said...

enrtry terbaik la awk..sweet gile..walaupun imaginasi je kan..hak-hak..
smoga awk jmp gn future wife tu yer..insyaallah..